Kafe Baru dengan Mini Zoo Kini di PJ!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Kafe Baru dengan Mini Zoo Kini di PJ!

Korang mesti dah biasa pergi kafe, kan? Tetapi korang pernah ke pergi kafe yang ada mini zoo? Tak pernah? Haa, sini min nak recommend satu kafe yang digabungkan dengan mini zoo tau! Memang sesuai nak anak-anak pergi lagi lagi dah dekat nak cuti sekolah panjang ni kan.

Luckbros cawangan Kota Damansara. Sumber: luckbros

Luckbros atau nama sebelumnya Luckin Kopi merupakan satu restoran yang memang dah ada nama dan dikenali ramai. Restoran atau kafe ni memang hidang makanan yang sedap-sedap sahaja tau sebabtu agak terkenal dikalangan penggemar makanan atau kopi. Baru-baru ini outlet baru Luckbros baru sahaja di buka di Kota Damansara pada 25 November lepas tau!

Menu famous di Luckbros. Sumber: collinstin/instagram

Luckbros di Kota Damansara ni berkonsepkan Garden & Mini Safari ya gais so vibes dia memang menarik sangat!

Ada 3 tingkat dengan garden dan mini zoo. Mini zoo merupakan hasil kolaborasi bersama Radical Werks yang sediakn lebih 180 rare species tumbuh-tumbuhan, haiwan eksotik macam Poney dan banyak lagi! Jangan risau, korang boleh bagi makan dan siap boleh bergambar dengan haiwan-haiwan di mini zoo ni.

Sumber: yuna_zainal/instagram
Sumber: collinstin/instagram

Min rasa kalau korang bawa anak-anak kecil memang nais sebab sambil mereka enjoy tengok haiwan, korang boleh makan dan minum-minum santai disini. Memang syokkk! Nak bawa pasangan korang dating kat sini pun okay, belanja mereka makan dan jalan jalan di mini zoo, double happiness!

Sumber: luckbros

📍Location:

2A-H,

PUS TEKNOLOGI SUNSURIA JALAN TEKNOLOGI TAMAN SAINS SELANGOR 1,

PJU 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Phone: 012-6108856

Instagram: https://instagram.com/luckbrosmy?igshid=YmMyMTA2M2Y=