Peminat tegar kambing, tapi tak tahu kat mana yang sedap dan worth it dengan harga? Ha meh sini min share lokasi yang sesuai untuk korang semua. Kafe Kambin yang terletak di Lebuh Dickens, George Town, Penang. Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 3 petang hingga 11 malam.
Kafe ini menumpukan kepada western food dan sesuai dengan namanya yang dipendekkan dari perkataan ‘Kambing’.
Interior kafe ini pula sangat simple dan mempunyai dua tingkat bagi menampung jumlah pelanggan yang mempunyai keluarga yang besar atau yang datang beramai-ramai.
Menu
Antara menu tumpuan di Kafe Kambin ini adalah:
1. Spaghetti Lamb Arabiata (RM30)
Spaghettinya yang sedap digabungkan pula dengan daging kambing yang lembut dan juicy disertakan dengan sos tomato yang pedas. Tak lupa juga mereka menyediakan menu ini dengan sos blackpepper unutk menambahkann lagi rasa umphhh dengan kambing tersebut.
2. Briyani Lamb Shank (RM60)
Bagi sesiapa yang pernah makan lamb shank, tahu lah harga dia sedikit pricey tapi diorang juga tahu daging lamb shank ini tiada bandingannya. Baru tengok pun dah kecur air liur, bila suap je dalam mulut memang lembut dan senang dikunyah. Rasa nasi briyani dia pula memang kick!
3. Smoke BBQ Lamb Gril (RM28)
Daging kambing dia macam biasalah sangat lembut, tak liat dan besar weh. Dapat dua ketul pula tu. Makan seorang memang puas hati, cicah pula dengan sos black pepper memang auto nak lagi.
Review
Setakat ni min tengok review semua puas hati dan recommended untuk sesiapa yang datang Penang dan teringin nak makan kambing. Harga pula bagi min sangat berbaloi kalau tengok dari segi portion dan cara masakan diorang, besar, lembut dan juicy sangat. Jangan lupa datang serbu dan nikmati daging kambing di Kafe Kambin nah!
📍 Location
Kafe Kambin,
No. 14, Lebuh Dickens, George Town,
10050 George Town, Pulau Pinang
Phone: 012 548 7031/ 016 446 4619
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063741091086
Instagram: https://www.instagram.com/kafe_kambin/?hl=en