Banafsha Cafe – Port Makan Sedap Kemaman!

You are currently viewing Banafsha Cafe – Port Makan Sedap Kemaman!

Hi korang! Dah makan ke belum tu? Kalau belum makan meh la baca review min ni ha. Harini min nak review kedai jauh sikit, dekat Kemaman Terengganu gais! Orang-orang Kemaman mesti tahu kedai ni, dengar nama je semua orang kenal punya! Banafsha Cafe adalah salah satu kedai makan yang paling famous di kalangan orang Kemaman. Dekat sini memang macam-macam ada dari western, burger, smoothies, nasi dan banyak lagi lah!

Menu menu sedap di Banafsha. Sumber: banafshacafe / instagram

Banafsha cafe terletak di Kampung Gong Pauh, kedai ni simple je dekat tepi jalan. Ada 2 kanopi kat sini dan meja pun boleh tahan banyak, nak makan ramai-ramai kat sini tak perlu risau tak cukup tempat tau. Kalau datang malam-malam memang meriah suasana kedai ni tau, memang boleh jadi port lepak best. Sambil lepak sambil pekena smoothies kat sini, padu!

Banafsha cafe, Kemaman. Sumber: Google

Banafsha menawarkan pelbagai jenis makanan yang korang nak, semua ada kat sini tau! Nak Nasi Daging Harimau Menangis? Datang Banafsha je, dah tak payah ke Kelantan. Nak Philly Cheesesteak? Banafsha pun ada korang! Burger pun banyak jenis tau, yang penting burger-burger kat sini semua sedap gila!

Harga pun memang harga kampung-kampung je gais, makanan dah la mewah harga pulak murah! Kalau dekat setiap hari tau min pergi sini.

1. Nasi Ayam Penyet

Setiap kali dengar pasal Banafsha mesti dengar pasal Ayam Penyet dia ni. Famous betul lah, betul ke sedap do’oh ni? 

“Kalau teringin ayam penyet memang akan datang Banafsha je, tak pernah pandang kedai lain. Terbaik!”

Ayam Penyet. Sumber: banafshacafe / facebook

2. Philly Cheesesteak 

Cheesesteak ni ialah sandwich dibuat dengan beefsteak yang dicincang dan cheese meleleh digabung dalam satu roll. Popular tau cheesesteak ni, katanya Banafsha punya dah sama level dengan yang dekat fast food chain. Cuba korang try sendiri!

“Pernah datang cuba burger dia, homemade patty sedap gila. Harini cuba menu ni, insyaAllah saya akan datang makan ni tiap hari :p”

Philly Cheesesteak. Sumber: banafshacafe / facebook

3. Royale Avocado smoothies

Ni menu baru gais! Smoothie ni ada twist dari yang original Avocado Smoothies mereka. Dalam dia meriah dengan cookies crumbs, topped pula dengan chocolate drizzle & crushed peanuts. Sape nak kelainan dan elemen crunchy crunchy kacang dan cookies tu bolehla cuba menu ni, segar, lemak manis dan mengenyangkan at the same time gittew! 

“Kalau dah bosan asyik minum Mango smoothie depa, boleh try ni! Kena dengan tekak saya.”

Royale Avocado Smoothie. Sumber: banafshacafe / instagram

Untunglah jadi orang Kemaman, dekat je dengan Banafsha ni. Min dah lama usha nak pergi hm bila lah boleh travel ke Kemaman dan Terengganu lagi. Cuba korang suggest port makan mana lagi yang best dekat Terengganu?

📍Location:

Banafsha Cafe

4997-1, Jalan Taha, 

Kampung Gong Pauh,

 24000 Chukai, Terengganu

Phone: 019-9433908

Website: – 

Facebook: https://www.facebook.com/banafshacafe/ 

Instagram: https://instagram.com/banafshacafe?igshid=YmMyMTA2M2Y=

TikTok: https://www.tiktok.com/@banafshacafe?_t=8W38NHwCpov&_r=1