TASEK @ KotaSAS: Pelbagai Makanan Menarik di TASEK Food Court

You are currently viewing TASEK @ KotaSAS: Pelbagai Makanan Menarik di TASEK Food Court

Orang Malaysia memang suka makan! Ada pelbagai jenis makanan yang ada di negara kita ni kan. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. 

Kalini kami nak tunjuk pelbagai makanan yang korang boleh dapatkan di medan selera di TASEK KotaSAS ni! Macam-macam tau ada. Ikut je korang craving apa haritu, confirm korang boleh dapatkan kat food court ni!

Food court ni agak tersorok sikit di TASEK ni tapi jangan risau korang boleh tengok ‘sign’ yang ada di sekitar TASEK ni.

Dekat food court ni ada 10 jenis kedai tau yang korang boleh pilih dan nikmati bersama rakan rakan dan keluarga!

Nampak signboard ni nanti korang jumpa lah kat mana food court.

Korang nak tahu tak kedai apa ada kat sini? Jom scroll bawah untuk tengok apa yang ada kat sini!

Teringin nak makan nasi beriani gam dari Batu Pahat? Boleh cari kedai S-01! Ada macam-macam lauk tau untuk korang pilih! 
Kalau rasa nak makan makanan ringan, boleh singgah S-02. Sedap tau chicken wing dia!
S-03 ada Nasi Ayam Penyet yang sedap dengan ayam dan besar. Dan tolonglah cuba bakso kat sini. Sedap! 
Ni Nasi Ayam Penyet. Sambal kat tepi pulak 😅
Bakso Beranak! Besar gila kan meatball dia?!
Taugeh N Kucai, S-04 ada banyak pilihan tau! Ikan siakap pun ada.
Char Kuey Teow! Sedapnyaaa..
Kuey Teow Kerang
Dah makan kenalah ada air kan. Korang boleh beli air di HAUSS di S-05!
Nah menu! Senang korang nak pilih nak minum apa nanti.
Kedai S-06 ni menyajikan makanan yang sesuai untuk korang mengunyah sambil lepak dengan keluarga dan rakan-rakan.
Dekat Citarasa Cik Na ni pulak ada takoyaki yang sedap tau! Memang tak kedekut sos dan isi takoyaki pun penuh!
Takoyaki pelbagai isi!
Kalau takde sizzling bukan food court lah kan! Try makan sizzling kan sini. Sedap dan murah!
Tengoklah penuh betul isi sizzling dia!
Satay pun ada tau! Murah pun murah.
Okay kita dah sampai ke kedai terakhir di food court ni, S-10 Nasi Kukus Juna! Ada nasi kukus ayam berempah yang panas-panas dan pelbagai jenis lauk-pauk!

Nak tahu apa yang kami ada makan haritu? Semua sedap-sedap tau!

Kami bagi 10/10 untuk semua makanan!

Lagi satu korang tak perlu risau, ada tandas dan surau berdekatan food court ni tau!

Kawasan surau yang luas dan tandas yang bersih.

Tunggu apa lagi korang? Tempat duduk pun banyak tak payah berebut nak duduk kat mana.

Kalau korang singgah ke Kuantan nanti, korang boleh singgah di sini untuk try semua makanan yang ada kat sini tau! Bye! 

Lokasi📍

TASEK Commercial Centre, KotaSAS, 

TASEK @ KOTASAS, 55, Jalan KS 1/4, 25200 Kuantan, Pahang

Kuantan, Malaysia

Kuantan

25200

Google Map: TASEK @ KotaSAS

Instagram: TASEK KotaSAS