Ramai rakyat Malaysia suka makan ayam penyet.
Merata-rata tempat kita boleh jumpa restoran yang menghidang khas ayam penyet.
Namun, ramai yang sudah tahu baru bahawa ayam penyet adalah makanan yang berasal dari Indonesia.
Tapi selain daripada itu, ayam penyet juga ada ceritanya tersendiri dari segi bagaimana ia diwujudkan.
Ayam penyet terdiri daripada ayam goreng yang digiling menggunakan penggiling supaya lembut. Dihidangkan dengan sambal, sayur-sayuran, tauhu goreng dan tempe.
Selain daripada ayam goreng itu sendiri, ia juga terkenal dengan sambalnya yang pedas
Sambal tersebut diperbuat dengan campuran cili, ikan bilis, tomato, bawang merah, bawang putih, belacan, asam jawa dan jus kapur.
Sejarah Ayam Penyet bermula daripada Ayam Bakar Wong Solo, menu ini adalah variasi dari menu yang ada di Ayam Bakar Wong Solo.
Tetapi, ia semakin terkenal apabila Orang Surabaya menjual hidangan tersebut dengan nama Ayam Penyet Surabaya.
Sejarah yang ringkas bagi satu hidangan yang begitu lagenda!
Apakah maksud ayam ‘penyet’?
Kalau ikutkan sebutan Bahasa Melayu kita, mesti ramai yang ingat penyet itu bermaksud penyek.
Kurang tepat!
Penyet merupakan istilah yang berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud lumat. Ini adalah kerana bahan-bahan yang digunakan akan dilumat sebelum dimasak dan dihidang.
Pada mulanya, makanan ini diperbuat daripada tempe yang direndam didalam air kaldu dengan bumbu garam dan ketumbar.
Tempe tersebut kemudian digoreng, kemudian dimasak dan dihidangkan bersama sambal. Kini, makanan tersebut diproses dan ditambah pula ayam bersama ulam-ulaman, dihidangkan bersama nasi dan sambal.
Hidangan yang lengkap dan sedap!
Tidak hairanlah betapa ramainya rakyat Asia Tenggara yang gemar dengan hidangan ini!
Jom lihat video review tentang Ayam Penyet di TikTok Purple Durian!