Kes makin meningkat… Lockdown masih diteruskan…
Korang semua okay tak tu? Atau dah mula bosan?
angan risau! TikTok kan ada!
Di aplikasi TikTok ni, macam-macam boleh jumpa, terutamanya bab-bab makanan dan resepi.
Setiap hari mesti ada resepi yang baru dan simple untuk orang ramai cuba bagi hilang rasa bosan ketika lockdown.
Ini adalah 5 resepi simple untuk elakkan kita daripada kebosanan ketika waktu lockdown!
1. Croffle
Apa itu croffle?
Croissant + waffle = croffle!
Hanya perlukan 3 bahan sahaja!
Bahan-bahan:
- Puff pastry instant
- Gula
- Lotus Biscoff
Jom tengok cara-cara untuk menghasilkan croffle!
2. French Toast Gebu
French toast gebu macam makan kek! Tambahan pula dengan resepi yang ringkas!
Bahan-bahan:
- Roti
- 2 telur
- 3 sudu kecil susu
- 2 sudu kecik gula
- Butter
- Maple syrup/honey
Jom tengok macam mana nak hasilkan french toast yang gebu ni!
3. Mochi Milo
Mochi custard, mochi strawberry, mochi chocolate, mochi durian… semua dah cuba kecuali mochi milo!
Bahan-bahan:
- ⅓ cawan whipping cream
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar milo
- 60g tepung pulut
- 30g gula
- 100ml air
Jom tengok cara-cara untuk menghasilkan mochi milo ini!
4. Cheesekut Tiramisu
Cheesekut sedap, tiramisu pun sedap!
Lagi sedap kalau dapat makan cheesekut perisa tiramisu!
Bahan-bahan:
- Biskut
- 500g cream cheese
- ¾ cup castor sugar
- 1 sudu kecil vanilla extract
- 5 sudu kecil serbuk kopi
- 1 cawan air panas
- 2 sudu kecil gula
Jom tengok macam mana nak hasilkan cheesekut tiramisu!
5. Super Ring Cheesy Ramen
Super ring campur ramen?!
Dengar je macam pelik, betul tak?
Belum cuba, belum tahu!
3 bahan dan mudah sangat!
Bahan-bahan:
- Samyang ramen
- Super ring
- Cheese
Jom tengok proses untuk menghasilkan Super Ring Cheesy Ramen yang ringkas ini!
Mudah dan ringkas betul semua resepi-resepi ini!
Jadi, korang tak boleh bagi alasan bosan ketika waktu lockdown ni.
Dalam 5 resepi ini, mana satu yang paling sedap?
Komen di ruangan bawah!