Apam balik dikenali sebagai salah satu kuih yang paling popular dikalangan rakyat Malaysia.
Apam balik merupakan sejenis kuih apam yang berkulit tebal dibakar dengan lapisan mentega menggunakan kuali khas.
Kemudian ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan dilipat dua.
Apam balik juga terdapat dalam lapisan yang nipis memberikan rasa rangup dengan inti yang sama.
Ia dikenali sebagai apam balik nipis.
Ia merupakan sejenis kuih tradisi bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia, Singapura, dan juga Brunei.
Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila, strawberi, nestum, oreo, cheese dan macam-macam lagi kombinasi yang menarik boleh dijumpai dimana-mana gerai yang jual apam balik.
Di Indonesia, ia dipanggil Terang Bulan atau Martabak Manis.
Manakala di Brunei, ia dipanggil Kuih Malaya.
Tapi persoalannya, dari mana datang apam balik ni?
Mesti ramai yang tak tahu asal usul apam balik ni kan?
Sebenarnya, apam balik bermula di China!
Menurut sejarah lama wujudnya apam balik ini, ia ada kaitan dengan General Tso, yang merupakan negarawan China dan pemimpin tentera dinasti Qing.
Pada tahun 1855, tentera Taiping Heavenly Kingdom menyerang wilayah Fujian dan Jenderal Tso dilantik untuk memimpin tentera untuk melawan pemberontak.
Jenderal Tso bercadang untuk beralih dari roti kosong yang dimakan bersama bawang merah dan sambal, ke pancake gula tebu dan kacang tanah untuk memberi makanan kepada tentera tanpa mengganggu kehidupan penduduk tempatan.
Resipi pancake ini disebarkan ke seluruh wilayah Fujian, terutama di tempat-tempat di sekitar Quanzhou dan kemudian di seluruh China Tenggara.
Ia juga dibawa ke negara-negara di Asia Tenggara oleh pendatang Hokkien China.
Masyarakat China lebih mengenali makanan ini dengan nama Min Chiang.
Jadi, dari situlah datangnya resepi apam balik ini.
Menarik kan?
Jadi, sama-samalah kita yang dari negara Asia Tenggara mengingati sejarah ini sambil-sambil tengah makan apam balik…
Ada yang dah pernah cuba apam balik perisa nestum dekat Taman Puchong Utama?
Jom lihat video apam balik nestum Taman Puchong Utama di TikTok Purple Durian!
@purpledurian Korang prefer Apam Balik biasa ke Apam Balik Nestum?😁 ##apambalik ##MYFoodie ##tiktokmalaysia ##foodreview ##makanmakan ##fyp ##nestum ##sedapgiler
♬ Ma Boy (마보이) – Sistar19