Salai atau menyalai dari erti kata lain dengan cara mengeringkan atau dipanggang di atas api. Di Negeri Sembilan, salai amat terkenal seperti menggunakan ayam, itik, ikan atau daging. Ianya adalah kaedah menyediakan ikan atau daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah. Tujuannya ialah untuk mengawet makanan kaya protein ini yang boleh cepat rosak untuk masa yang lama. Terdapat dua mekanisme untuk pengawetan secara salai iaitu, pendehidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap. Pada zaman sekarang, rasa makanan salai dipertingkatkan untuk sesetengah hidangan bagi menjadikan rasa dan aroma hidangan itu lebih kompleks.
Salai merupakan antara proses pengawetan sumber makanan yang sudah dikenal pasti sejak pra sejarah. Manusia di seluruh dunia, menggunakan teknik salai untuk memastikan sumber makanan dapat bertahan lama. Masakan yang amat terkenal dimasak menggunakan salai adalah memasak lemak cili padi. Apabila menggunakan daging salai dan di masak lemak, rasa masakan lemak cili padi ini akan bertambah enak.
Jom kita tengok contoh resepi masakan daging salai masak lemak cili padi ni kat bawah!
BAHAN-BAHAN DAGING SALAI
- 1 kg daging batang pinang
- Sedikit serbuk kunyit
CARA-CARA MEMBUAT DAGING SALAI
- 1. Cuci daging. Kemudian dikelar-kelar.
- 2. Gaul dengan serbuk kunyit. Perap sekejap.
- 3. Salai menggunakan sabut kelapa atau arang sehingga kering.
- 4. Hiris nipis-nipis. Ketepikan.
Bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat masak lemak cili padi sama sahaja seperti resepi dalam artikel min sebelum ni. Korang boleh tengok resepi Masak Lemak Cili Padi style orang nogori kat sini atau boleh jugak rujuk blog Rasa.my untuk resepinya.
Selamat mencuba!
Baca juga artikel:
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.