Kuih Cucur Jawa: Kuih Popular Masyarakat Utara

You are currently viewing Kuih Cucur Jawa: Kuih Popular Masyarakat Utara

Kuih cucur jawa atau dikenali juga sebagai penyaram atau penjaram adalah kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan amat dikenali di utara Malaysia, Kedah yang popular dengan pelbagai makanan warisan berasaskan padi dan beras. Walaupun namanya cucur jawa namun asal kuih ini tiada kaitan dengan masyarakat berketurunan Jawa mahupun Indonesia. Resipi cucur jawa termasuk tepung beras, tepung gandum, gula merah yang dilarutkan ke dalam air panas. Ia perlu diperam semalaman sebelum digoreng dalam minyak panas satu persatu.

Jom semak resepinya di bawah!

Bahan-bahan

  • 2 cawan air suam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras

Cara-cara

  • 1. Satukan air, gula pasir, gula merah dan garam. Kacau sebati dan tapis (bancuhan air gula). Biarkan sejuk dahulu.
  • 2. Campur tepung gandum dan tepung beras ke dalam air gula tadi. Kemudian kisar.
  • 3. Perap selama 3 jam atau semalaman. Letak dalam peti sejuk bahagian biasa.
  • 4. Keluarkan 1/2 jam dari peti ais sebelum menggoreng.
  • 5. Masukkan 2 senduk minyak masak dalam kuali. Biarkan panas.
cucur jawa digoreng
  • 6. Tuang adunan di tengah-tengah kuali. Biarkan dia masak dari tepi ke tengah sebelum diterbalikkan.
  • 7. Biarkan sekejap dan angkat, toskan minyak atas redai.
toskan atas tisu
  • 8. Susun di atas tisu serap minyak. Siap dihidang!

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ binti Hasan.

Leave a Reply