Kuih buah rotan atau juga dikenali sebagai kuih redan atau keciputan merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung pulut dan telur. Ia kemudian dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api sederhana perlahan sehingga ia kekuningan dan diangkat, sedia untuk dihidangkan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai kembang minyak. Kuih ini popular di Malaysia suatu ketika dulu dan semakin dilupakan kerana kita dibanjiri oleh pelbagai jenis makanan lain yang lebih menarik minat mereka.
Kalau korang tak pandai buat kuih raya, meh sini tengok resepi dan cara-cara untuk membuat kuih buah rotan yang mudah ni. Cuma pastikan api kuat dan minyak panas supaya adunannya rangup tau!
Bahan-bahan
- 500 gm tepung pulut
- 1 cawan santan
- 300 gm bijan
- 4 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar air kapur makan
- 1 biji telur
Cara-cara
- 1. Satukan santan, telur, gula, air kapur dan garam. Kacau sebati.
- 2. Gaul santan ke dalam tepung pulut. Sebatikan hingga menjadi doh.
- 3. Ambil adunan doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
- 4. Salut rata bebola bersama bijan.
- 5. Goreng hingga garing. Angkat dan tuang di atas pinggan yang dilapik tisu.
- 6. Selepas itu bolehlah disimpan dalam balang kedap udara.
Senang je kan cara-caranya? Sesiapa pun boleh cuba. Suri rumah, pelajar, adik kakak, lelaki atau perempuan boleh buat hehe. Selamat mencuba!
Baca juga artikel:
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.