Hai, korang! Harini min nak kongsikan dengan korang satu lagi resepi berasaskan nasi yang sangat popular dijamu ketika kenduri kahwin, lebih-lebih lagi di negeri Johor Darul Takzim, iaitu nasi minyak.
Resepi apa tu min? Haa inilah dia resepi Nasi Minyak ala-ala kenduri kahwin hehe. Resepi ni min petik dari Che Nom tau. Beliau kata yang resepi ni kalau korang buat, memang akan menjadi. Hasil nasi minyak dari resepi ni gerenti akan gebu dan nasinya berderai. Jom kita semak apa bahan-bahan dan macam mana cara pembuatannya!
Bahan-bahan (Nasi minyak):
- 3 cwn beras basmathi
- 3 1/2 cwn air
- 1 cwn susu cair
- 3 sb minyak sapi
- 2 sb minyak masak
- 1/2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 2 inci halia
- 1 helai daun pandan
- Rempah 4 sekawan
- 1/4 cwn kismis
- 1 sk gula
- Garam secukup rasa
- Pewarna kuning/oren
- Bawang goreng
- Gajus
- Daun ketumbar
Bahan-bahan (Rempah 4 sekawan):
- 1 batang kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
Cara-cara:
- 1. Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
- 2. Daun pandan carik dan simpul.
- 3. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih.
- 4. Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
- 5. Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
- 6. Tumis rempah 4 sekawan.
- 7. Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
- 8. Masukkan kismis dan kacau sekejap.
- 9. Masukkan beras dan goreng sekejap.
- 10. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
- 11. Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
- 12. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
- 13. Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
- 14. Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
- 15. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati!
Tips:
Sedikit tips dari Che Nom, pastikan korang gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair. Selain itu, untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji berderai, beliau akan goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.
Kalau korang nak tengok dalam bentuk video, boleh pergi ke channel Youtube Che Nom okey? Selamat mencuba!
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.