Nasi Minyak: Inilah Dia Asal-usul Santapan Wajib Majlis Raja Sehari di Johor!

You are currently viewing Nasi Minyak: Inilah Dia Asal-usul Santapan Wajib Majlis Raja Sehari di Johor!

Nasi minyak ialah hidangan nusantara yang dikatakan berasal daripada masakan Palembang yang dimasak dengan minyak sapi dan rempah. Hidangan nasi ini biasanya dikaitkan dengan kota Palembang, iaitu ibu kota Sumatera Selatan.

nasi minyak
Sumber: Google (Nasi Minyak)

Nasi minyak ini lebih kurang sama seperti nasi beriani dan nasi kabuli, namun berbeza pada olahan dan rempahnya. Ianya bersifat berminyak kerana nasi perlu dimasak bersama minyak sapi atau mentega. Selain daripada minyak sapi, bagi menaikkan lagi rasa aroma nasi, campuran rempah ratus juga telah digunakan. Antara rempah ratus yang digunakan termasuk buah pelaga, bunga lawang, cengkih, jintan, kayu manis, bawang, bawang putih dan serbuk kari.

nasi kabuli
Sumber: Google (Nasi Kabuli)

Nasi Minyak di Palembang

Di Palembang, nasi minyak adalah hidangan tradisional perayaan yang biasanya disajikan untuk acara dan perayaan khas. Masjid-masjid tertentu di Palembang menyajikan nasi minyak percuma selepas solat Jumaat. Budayawan Sumatera Selatan (Sumsel), Vebri Al Lintani menjelaskan, nasi minyak adalah masakan khas Palembang yang dimasak dengan menggunakan bahan masakan yang kaya akan rempah.

Dari sejarahnya, nasi minyak merupakan makanan hasil dari akulturasi Arab dan Melayu yang dibawa masuk pada masa Kesultanan Palembang Darussalam. Kemudian, ianya menjadi popular apabila putera Sultan Palembang berkahwin, dan nasi kabuli ini menjadi trend pada ketika itu di Alam Melayu. Ia kemudian merebak ke Inderagiri, Siak, Kampar, Riau, sehingga ke Johor.

Di selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, nasi minyak dianggap sebagai hidangan istiadat dan biasanya dimakan semasa majlis perkahwinan tradisional orang Melayu. Manakala di negeri pantai timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pattani, nasi ini merupakan hidangan sarapan pagi yang biasa.

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply