Hai korang! Hari ni min nak tunjukkan dekat korang lebih-lebih lagi kepada yang suka café hunting satu kafe yang best di Jalan Bangi Lama.
Kafe Kebun Puisi mesti dijadikan port wajib baru korang setiap hujung minggu. Bukan setakat tempat yang indah macam dekat kampung, kopi yang dihidangkan siap ada nota cinta lagi untuk korang tau. Selain kopi, menu masakan melayu pon ada tau macam nasi lemak, gulai tempoyak ikan patin dan macam-macam lagi lah.
Siapa yang rasa nak santai-santai masa hujung minggu boleh datang dengan kawan-kawan atau family korang ke Kafe Kebun Puisi. Kafe ni buka hujung minggu je tau untuk hari Jumaat Kafe ni buka pada jam 3pm – 10pm dan 8 am – 10 pm untuk hari Sabtu dan Ahad.
Menu
Kopi Surat Cinta
Bagi penggemar kopi korang bukan sahaja dapat menikmati kopi yang sedap korang dapat sekali surat cinta yang boleh membuatkan korang rasa tersenyum sendiri.
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Gulai tempoyak ikan patin dia pon sedap tau korang. Ikan dia fresh dari Temerloh.
Nasi Lemak
Dekat sini pun korang boleh try nasi lemak dia. Kot korang datang pagi-pagi nak sarapan memang puas lah!
Macam mana menarik perhatian korang tak? Apa lagi? Jomlah kita pergi Kafe Kebun Puisi!
Kalau korang nak try makanan western area bangi boleh klik link ini.
Lokasi
📍PT35845, Lorong Tepi Sungai 1, Kampung Batu Lima Bangi, Kajang, Malaysia 43000
⏰Waktu Operasi: Jumaat 3pm-10pm | Sabtu 8am-10pm | Ahad 8am-6pm
📲Facebook: Kafe Kebun Puisi
📲Instagram: kafekebunpuisi
📲Tik Tok: kopisuratcinta
Article curated by “Ku Ikhwan”