Peminat makanan tradisional Melayu, min nak cadangkan korang untuk makan di sini. Tanah Aina Cafe yang terletak di Shah Alam, Selangor telah mengeluarkan satu menu lain daripada lain yang dapat menarik perhatian pelanggan. Nak tahu apakah hidangan tersebut? Pastikan korang baca sampai habis ok!
Review dekat sini pun majoriti memuaskan.
Ingin mencari tempat makan menarik di sekitar Shah Alam? Anda boleh tekan di sini.
Menu
Congkak
Menu congkak ini merupakan sebuah menu istimewa keluaran Tanah Aina Cafe dan pastinya memiliki keunikannya yang tersendiri. Menu congkak ini memiliki lebih daripada 10 hidangan sampingan yang pastinya dapat melengkapkan selera korang! Antara hidangan sampingan yang ada di menu congkak ini adalah bubur hijau, karipap, cheesetart nenas, cucur udang, churros dan banyak lagi. Peminat manisan dan makanan sampingan, min memang suggestkan korang untuk cuba menu congkak ini.
Nasi Putih Rendang Aceh
Sesiapa yang suka makan nasi dan rendang, min nak cadangkan korang untuk cuba makan menu nasi putih rendang aceh dekat sini. Rasa rendang dekat sini memang sedap. Portion yang dihidangkan pun mengenyangkan. Menu ini juga merupakan salah satu menu yang laris dan popular di sini.
Pendapat
Untuk min, min memang cadangkan korang untuk cuba rasa dekat Tanah Aina Cafe. Terutamanya menu congkak dan nasi putih rendang aceh. Walaupun harganya agak pricey, tapi min rasa berbaloi dan memang memuaskan. Nak tahu lokasi di mana? Skrol sampai bawah!
Ingin mencari port makan yang unik dan lain daripada lain? Sila tekan di sini.
Lokasi
📍Lot 1 & 2, Jalan Mesra 1, Taman Mesra, Batu 3, 40150 Shah Alam, Selangor
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/EwSpWy8S2Z5ZzHBh7
📲Phone: 03-55243258
⏰Waktu Operasi: 8.30am – 10.30pm (ISNIN TUTUP)
📲Instagram: https://instagram.com/tanahainacafe?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
📲Facebook: https://www.facebook.com/tanahainacafe?mibextid=ZbWKwL
“Article curated by Areisya Putri”