Kuala Lumpur, 6 Oktober 2023 – Anjuran Korea Agro-Fisheries and Food Trade Corporation serta Kementerian Pertanian, Makanan, dan Kawasan Luar Bandar Korea Selatan, K-Food Fair yang mendapat sambutan hangat tahun lepas, kini kembali ke Kuala Lumpur dengan pelbagai K-aktiviti yang memenuhi permintaan pengguna (B2C) dan perusahaan (B2B).
K-Food Fair 2023 dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Pengunjung dapat menikmati pelbagai K-Experience, termasuk pertandingan tarian, pertunjukan quiz K-Food, persembahan taekwondo, dan banyak lagi. Peserta juga berpeluang memenangi pelbagai baucar hadiah dan beg strawberi K-Food Fair sepanjang pesta selama 3 hari ini.
Aktiviti sepanjang K-Food Fair 2023:
Pengunjung boleh hadir ke K-Food Fair 2023 dari 13 hingga 15 Oktober, dengan upacara pembukaan pada 13 Oktober yang akan disempurnakan oleh Encik Jang Jae Hyung, Pengarah Urusan Pusat aT Kuala Lumpur, bersama-sama dengan Encik Yeo Seung-bae, Duta Republik Korea, dan Puan Amy Hoo, Ketua Jabatan Pemasaran Sunway Pyramid.
Berikut adalah sorotan acara dinantikan:
K-Food Experience ZOne (Photobooths, Claw Machine, dan Zon Permainan Metaverse, dan Pakaian Hanbok)
Pertandingan K-Pop Cover Dance dengan hadiah bernilai sehingga RM7,000
Persembahan tarian K-Pop oleh Kueendom dan Kingsman
Pertunjukan Taekwondo oleh pasukan ARENA
Permainan Kuiz K-FOOD sempena sambutan Hari Hangeul bersama Nura
Dapur Terbuka dan Food Tasting
Peraduan Mewarna K-Colouring untuk kanak-kanak di bawah 11 tahun dengan hadiah tempat pertama bernilai RM150
Layari www.mykfoodfair.com untuk maklumat lanjut.
Mengenai Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation
Agensi kerajaan Korea ini ditubuhkan pada tahun 1967 untuk mengendalikan promosi perdagangan, pengeksportan dan pemasaran makanan dan minuman Korea secara global. Pada masa ini, agensi tersebut mempunyai 18 buah cawangan luar negara, termasuk Malaysia.
Mengenai K-Food Fair 2023
K-Food Fair merupakan salah satu inisiatif Korea Agro-Fisheries and Food Trade Corporation untuk meningkatkan pengedaran rangkaian produk buatan Korea, meneroka pasaran baharu di luar Korea Selatan dan menambah baik industri F&B Korea Selatan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
YASMIN NEESA
Assistant Event Manager of K-FOOD Fair 2023
yasminneesa.dcom@gmail.com
+603 2732 9281 | +6018 2376906
RAJA KAMELIA
Publicist, Ariff Communications
kamelia@artofariff.com
+603 7494 1231 | +6018 3686898