Jom Makan Sambil Luangkan Masa Dengan Si Manja di Cuffymeow Cat Cafe

You are currently viewing Jom Makan Sambil Luangkan Masa Dengan Si Manja di Cuffymeow Cat Cafe

Hello semua! Hari ini Izzah nak kongsikan satu tempat yang agak menarik dengan korang semua. Tempat ni lain dari yang lain daripada apa yang selalu Izzah kongsikan dengan korang semua sebab kalini Izzah nak cakap pasal sebuah kafe kucing yang dah makin viral di sosial media! Namanya ialah Cuffymeow Cat Cafe.

Terletak di Kuala Lumpur, untuk pengetahuan korang, kafe ini memiliki 30 kucing untuk korang luangkan masa bersama sambil makan dan releasekan stress korang yang dah menggunung tu. Review mengenai makanan di tempat ini juga memang memuaskan. Untuk maklumat lanjut mengenai kafe yang mempunyai sesuatu special, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/health-bar-kafe-kesihatan-pertama-di-kl-yang-mempunyai-pakar-nutrisi-terlatih/

Review di Cuffymeow Cat Cafe (google.com)
Review di Cuffymeow Cat Cafe (google.com)

Menu

Souffle

Souffle di Cuffymeow Cat Cafe (google.com)
Souffle di Cuffymeow Cat Cafe (google.com)

Makanan yang asalnya dari Perancis ini pasti memikat hati anda setelah korang menelannya. Rasa ringan souffle ini sememangnya SEDAP apabila korang makan dengan sos dan krim yang Cuffymeow Cat Cafe sediakan. Di sini, mereka menyediakan tiga jenis souffle iaitu: Sea-salt almond, strawberry, dan Matcha Red Bean. MRROOWWW… Sedap gitew.

Kalau korang nak tahu apa lagi yang disediakan di Cuffymeow Cat Cafe, korang boleh tengok di gambar yang Izzah letak di bawah.

Menu di Cuffymeow Cat Cafe (google.com)
Menu di Cuffymeow Cat Cafe (google.com)

Secara keseluruhannya, kalau korang ni peminat kucing, Izzah memang galakkan korang datang sini. Sambil menyelam minum air la katakan. Dapat makan sedap sambil main dengan kucing kan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh skrol ke bawah. Kalau korang nak tahu kafe apa yang menarik di area Kuala Lumpur, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/kalamata-cafe-kafe-yang-menyajikan-masakan-mediteranean-egypt-di-kl/

Lokasi

📍 Cuffymeow Cat Cafe
37A, JALAN 16/155C BANDAR BUKIT JALIL, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
⏰ Waktu buka: 1 pm – 8 pm (Sabtu – Ahad: 12 pm – 8.30 pm)
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/EdbCmDekpZwuzCGB7
📲Telephone: 012-683 7204
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@cuffymeowcatcafe
📲Instagram: https://www.instagram.com/cuffymeowcatcafe/

Article curated by Izzah Norsham