Hi semua, harini Izzah nak share dengan korang semua tentang satu kafe yang agak menarik bagi pendapat Izzah. Bermula dari sebuah bakeri yang hanya beroperasi dari rumah, kini ownernya dah mengembangkan perniagaannya sehingga berjaya membuka sebuah kafe bernama Sugar and I yang cukup terkenal dengan bomboloninya!
Terletak di Subang Jaya, kafe ini specialize dalam dessert dan amat terkenal dengan bomboloni mereka yang sedap! Pelbagai review telah menyatakan kesedapan makanan yang ditawarkan di Sugar and I. Untuk mengetahui tempat yang menjual dessert yang lazat, korang boleh tekan pautan ini: https://purpledurian.my/makan/viral/aftermeal-desserts-kafe-pencuci-mulut-terbesar/
Menu
Bomboloni
Di Sugar and I, mereka ada tawarkan dua saiz bomboloni iaitu saiz biasa dan saiz kecil. Tapi jangan risau kerana kedua-dua versi ini ada menyediakan 10 jenis perisa yang sedap dan unik iaitu: Nutella, Oreo, Mixed Berry Jam, Raspberry Dream, Lotus Biscoff, Vanilla Custard, Niko Neko Matcha, Ovalmatine, Mapple Crunch, dan Cafe Latte. Bukan itu sahaja, bomboloni yang disediakan ini segar dan lembap! Erm… Sedapnya!
Japanese Creampuff
Japanese creampuff di sini sememangnya terbaik la Izzah boleh katakan. Mempunyai dua jenis fillings iaitu vanilla custard dan chocolate custard, korang pasti akan berasa puas setelah merasa creampuff ini. Wah… Terliur Izzah dibuatnya bila memikirkan creampuff di Sugar and I!
Brownies
Satu saja yang Izzah boleh katakan mengenai brownies di sini: TERBAIK! Korang memang tidak akan menyesal bila korang beli dan mencuba brownies di sini. Kalau dah beli dan rasa tu confirm nak lagi!
Kek
Tak lengkapla dessert cafe kalau tak ada kek. Dan Izzah boleh jamin yang kek di sini semamngnya mantap. Korang pasti akan berasa puas hati setelah makannya di sini.
All in all, Izzah boleh cakap yang korang kena datang dan cuba sendiri menu yang disediakan di Sugar and I! Untuk maklumat lanjut mengenai Kafe Sugar and I, korang boleh skrol ke bawah. Untuk mengetahui tempat makan yang sedap di area Subang Jaya, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/viral/mobster-lobster/
Lokasi
📍Sugar and I
110, Jalan SS14/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
⏰ 11AM – 7PM (Setiap hari)
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/yvm9ZvtV73VBdJSp7
📲Phone: 011-1142 2597
📲Website: https://sugarandi.oddle.me/en_MY
📲Facebook: https://www.facebook.com/thesugarandi/
📲Instagram: https://www.instagram.com/sugarandi/?hl=en
📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@sugar.and.i?lang=en
Article curated by Izzah Norsham