Santapan Kreatif di Kinori: Gabungan Lazat Taco Tex-Mex dengan Keunikan Rasa Jepun

You are currently viewing Santapan Kreatif di Kinori: Gabungan Lazat Taco Tex-Mex dengan Keunikan Rasa Jepun

Selamat datang ke dunia impian di Kinori, destinasi makanan yang memanjakan lidah dan meriahkan perut anda di Bandar Sunway! Jika anda mencari tempat untuk menikmati makanan enak dan unik dengan suasana yang selesa, Kinori adalah pilihan yang tepat. Dengan hidangan luar biasa dan inovatif dan layanan yang mesra, pengalaman kulineri anda di sini pasti akan meninggalkan pengalaman yang sukar dilupakan.

Kinori yang mengambil tempat di  hiruk-pikuk Bandar Sunway, membawa suasana “Food Truck” yang kian menjadi ikutan bagi pengusaha makanan di sekitar bandar ini. Dengan membawa rekaan  dalaman animasi jepun yang santai dan comel  malahan irama muzik jepun yang mengasyikkan di lori mereka, Kinori sememangya membawa identiti mereka sendiri dalam menawarkan kelainan kepada pelanggan. Anda akan dapat merasakan diri anda seperti berada di Jepun apabila berkunjung ke sini.

Kalau korang peminat nachos, boleh klik di sini untuk info lebih lanjut

Suasana Di Sekitar Truck Kinori (google.com)
Suasana Di Sekitar Truck Kinori (google.com)

Menu

Di Kinori, mereka menawarkan pelbagai hidangan yang mencabar citrasa dan selera penduduk tempatan dengan membawa rasa Jepun yang autentik digabungkan dengan konsep taco atau “Tex Mex” yang semestinya menarik perhatian pelanggan untuk mencuba.

Menu mereka menampilkan pelbagai hidangan unik  mulai dari jenis “Poke Bowl” iaitu nasi yang ditambah dengan pelbagai jenis “toppings” seperti Unatama (belut panggang) yang segar atau “Terimayo Karaage” sehingga hidangan “Nori Taco” yang membawa konsep “Tex Mex fusion with Japanese Flavour” seperti “Yuzu Soft Shell Taco” dengan rasa ketam yang lembut dan manis mahupun “Unagi Tamago Taco” yang menyelerakan. Setiap hidangan yang dihasilkan di Kinori dilakukan  dengan teliti oleh para staf yang berpengalaman,agar dapat  menjamin kualiti dan rasa produk.

Terimayo Karaage Poke Bowl

Terimayo Karaage Poke Bowl (google.com)
Terimayo Karaage Poke Bowl (google.com)

Min sememangnya tidak dapat melupkan rasa poke bowl ini pada gigitan pertama. Rasa garing dan kelembutan ayam karaage dalam poke bowl ini memang mengujakan. Tekstur ayam yang rangup di luar tetapi lembut di dalam, sungguh menyelerakan. Ditambahi teriyaki mayo dan kubis yang segar, terasa seperti gabungan rasa yang sempurna antara citarasa Jepun dan Mexico. Nasi yang beraroma dan lembut juga memastikan rasa gabungan semakin bertambah.

Unatama Poke Bowl

Unatama Poke Bowl (google.com)
Unatama Poke Bowl (google.com)

Min sememangnya suka sangat makanan Jepun, jadi bila terdengar ada hidangan  Unatama Poke Bowl dalam menu, terus min je excited nak cuba. Pertama sekali, Unatama Poke Bowl ni memang mantap, sebab ada rasa  kombinasi unagi yang garing dan  manis dengan nasi sushi yang lembut. Min sememangnya suka dengan rasa unagi di sini kerana isinya yang gebu dan berjus, meleleh dalam mulut min. Rasa lautan manis dari unagi itu juga sepadan  dengan cita rasa nasi sushi yang ringan. Selain tu, ada juga pelbagai sayur-sayuran segar seperti timun, kubis dan alga laut yang memberi kesegaran pada hidangan ni. Min suka cara restoran ini padankan semua bahan ni, sebab rasa hidangan ini seimbang dan tak terlalu berat. Yang paling best, restoran ini ada sediakan sos yang khas untuk Poke Bowl ni. Sos tu mempunyai rasa masam-manis, menambah lagi citarasa umami. Memang gabungan rasa yang sempurna untuk hidangan ini.

Yuzu Soft Shell Crabs Taco

Yuzu Soft Shell Crabs Taco (google.com)
Yuzu Soft Shell Crabs Taco (google.com)

Untuk  korang Yang  suka makanan unik, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Yuzu Soft Shell Crabs Taco ni!  Pertama sekali, soft shell crabs dia crispy gila! Bila gigit, rasa dia tu memang terasa rangup dan lembut dalam mulut. Tekstur dia memang perfect dengan kelembutan isi dalam tu. Tak payah risau nak kunyah lama-lama. Tak hanya itu, tambahan sos yuzu dalam taco ni memang mengancam. Yuzu itu bagi satu keunikan dengan rasa masam-manis yang seimbang. Bila campur dengan rasa garing soft shell crabs, memang gabungan rasa  yang tak dapat dilupakan. Korang yang suka makan unik pun pasti seronok makan taco ni. Rasa tak sabar nak balik lagi untuk mencuba lagi. Kalau ada peluang, jangan lepaskan untuk cuba Yuzu Soft Shell Crabs Taco ni. Confirm puas perut dan selera korang.

Unagi Tamago Taco

Unagi Tamago Taco (google.com)
Unagi Tamago Taco (google.com)

Kali ini min nak berkongsi pengalaman hebat min mencuba “Unagi Tamago Taco” di Kinori Kalau korang  suka makanan Jepun dan mencari sesuatu yang simple, min memang  rekomen betul cuba hidangan yang  ini! Tak sangka taco boleh jadi begitu kreatif dan sedap dengan gabungan unagi (ikan belut bakar manis) dan tamago (telur dadar lembut). Ikan belut bakar tu sungguh berjus  dan manis, dengan tekstur yang lembut tetapi ada sedikit keranggupan  di kulitnya. Gabungan rasa Masin  dan manis membuatkan setiap gigitan tu sungguh memukau lidah. Dan jangan lupa tentang tamago yang diselitkan dalam taco tu. Telur dadar yang lembut dengan sedikit kelembutan manis. Tambahan pula, hidangan ni disajikan dengan sedikit hiasan sayur-sayuran yang segar, memberikan sedikit kesegaran dalam setiap suapan.

Review

Tidak ketinggalan juga Kinori juga menawarkan minuman yang menggoda. Dari pilihan Lychee Jasmine Soda yang manis dan menyegarkan hingga minuman apple Jasmine Soda, anda pasti akan meninggalkan tempat ini dengan rasa yang Segar  dan hati yang gembira.

Di sampling pilihan makanan yang unik, Ada satu lagi aspek yang min suka Di Kinori, saiz porsi yang sepadan  dengan harga. Min memang  puas hati Dan kenyang  bila habis makan. Service pun bagus, staff dia friendly dan cepat dalam menghidangkan makanan.

Di akhir hari, Kinori adalah destinasi makanan yang mempersembahkan pengalaman kulinari Jepun yang sebenar. Dari hidangan berkualiti tinggi hingga suasana yang nyaman, semuanya bersatu untuk mencipta pengalaman yang tak dilupakan. Jadi, jika anda ingin menjamu selera dengan pelbagai hidangan gabungan Mexico- Jepun yang lazat di Bandar Sunway, Kinori adalah tempat yang patut anda kunjungi. Nikmati hidangan luar biasa sambil merasa selesa dan gembira di tempat yang benar-benar menarik ini.

Kalau korang nak try taco yang sama power macam Kinori, boleh klik link di sini

Lokasi

📍Kinori

Lokasi: 3, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

🗺️Google Map: ttps://maps.app.goo.gl/zQgixHnXBfcjhFSp7

⏰ Waktu Operasi:  10.00am – 8.30pm (Isnin-Jumaat)

12.00pm – 8.30pm (Sabtu)

Ahad (Tutup)

☎️ Phone: 011-2691 3789

📲Website: https://kinori-cafe.business.site/

📲 Tiktok: https://www.tiktok.com/@kinori_official?_t=8ermQzOJz9T&_r=1

📲Instagram: https://instagram.com/kinori_official?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Article Curated By Amir Haziq