Bila kita bercakap mengenai makanan jalanan, biasanya kita akan terbayang tentang makanan tradisional tempatan seperti ‘nasi lemak’ atau ‘roti canai’. Namun, siapa sangka di antara lorong-lorong kecil di bandaraya Kuala Lumpur, kita boleh menemui sebuah restoran yang menawarkan citarasa asli Itali? Ya, itulah Luciano’s Italian Street Food yang sedang menjadi bualan baru di kalangan peminat makanan di ibu kota.
Terletak di Ibu Kota Kuala Lumpur yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit dan suasana kota, Luciano’s menjadi oasis bagi mereka yang rindu atau ingin merasai makanan sebenar berunsurkan Itali dan membawa mereka seolah berada di kawasan pesisir Italia. Walaupun hanya sebuah restoran tepi jalan, Luciano’s menjanjikan pengalaman makan yang tak dilupakan.
Luciano’s Italian Street Food yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Wisma Central juga merupakan restoran makanan yang membawa suasana santai yang dapat menarik minat pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.
Bagi korang yang tak minat pizza, korang boleh klik di sini untuk check satu kafe dekat dengan Klcc
Suasana
Pemilik restoran, Luciano, adalah seorang lelaki yang berasal daripada Itali. Dengan senyuman mesra dan sifat yang ramah, beliau sentiasa menyambut setiap pelanggan dengan mesra. Mengikut Luciano, rahsia di sebalik keenakan makanan di sini adalah kesetiaan kepada resipi asli Itali. “Saya membawa semua pengetahuan saya mengenai makanan Itali ke sini. Dari cara menguli adunan piza, sehingga ke pilihan bahan-bahan yang segar,” kata Luciano dengan bangga.
Satu lagi ciri unik yang menjadikan Luciano’s Italian Street Food berbeza adalah konsep “Open Kitchen” yang memberi peluang kepada pelanggan unutk melihat pembuatan piza mereka secara bersemuka. Membawa citarasa dan sentuhan asli dari itali, tidak hairanlah jika anda menjumpai piza dengan rasa yang sangat berlainan. Menurut Luciano, sentuhan asli itali ini diperkenalkan untuk memberikan pengalaman makan yang berbeza dan menarik kepada pelanggannya.
Jom saksikan bagaimana suasana di Luciano’s Italian Street Food dengan klik di sini
Menu
Dari jauh lagi, anda pasti akan terpanggil dengan aroma lazat piza yang dibakar dengan sempurna. Dengan adunan roti yang renyah di luar dan lembut di dalam, serta taburan keju mozzarella yang mencair, tiada siapa yang mampu menolak keinginan untuk mencuba. Namun, bukan sahaja piza yang menjadi tarikan di sini, pasta dan sandwich juga antara hidangan Itali yang ditawarkan untuk menawan hati pelanggan di sini.
Truffle & Mushroom Pizza
“Pizza Truffle & Mushroom” ini merupakan antara pilihan min sekiranya nak makan makanan yang tak terlampau berat. Piza ini telah dimasak menggunakan tomato puri yang dimasak sendiri, cendawan dan diselaputi dengan minyak “Truffle”. Piza ini kemudian ditambahi dengan keju “mozzarella” segar yang lemak akan cair di dalam mulut korang. Piza “Truflle & Mushrrom” ini bermula dengan harga RM23.00
M.Parmigiana Pizza
“Pizza Eggplant Parmigiana” ini merupakan antara piza yang min merasakan sangat memuaskan. Terung yang dimasak sehingga empuk membawa rasa berlemak dan manis memang menepati citarasa min. Tambahan keju “mozarella” dan “parmesan” segar yang lemak akan cair di dalam mulut korang. “Pizza Eggplant Parmigiana” ini bermula dengan harga RM 17.50.
Napoli Style Pizza
“Napoli Style Pizza” ini merupakan antara piza yang sangat menarik bagi pendapat min kerana rasa lautan dengan penggunaan buah zaitun yang segar sangat sesuai dengan profil rasa. Piza ini telah juga dimasak menggunakan tomato puri yang dimasak sendiri, kaper, “anchovies” dan diselaputi dengan buah zaitun. “Napoli Style Pizza” ini bermula dengan harga RM 17.50.
Pepperoni Gourmet Pizza
“Pepperoni Gourmet Pizza” merupakan antara pilihan klasik pelanggan yang ingin merasai citarasa klasik piza italia. Pizza ini sesuai sekiranya pelanggan ingin merasai piza yang enak dan mengenyangkan. Piza ini telah dimasak menggunakan tomato puri yang dimasak sendiri, pepperoni daging dan diselaputi dengan “Balsamic Vinegar”. Piza ini kemudian ditambahi dengan keju “mozzarella” segar yang lemak akan cair di dalam mulut korang. “Pepperoni Gourmet Pizza” ini bermula dengan harga RM22.00
Review
Jangan ambil sekadar kata-kata min sahaja, netizen juga ada memberi pendapat dan setuju dengan pandangan min tentang kelazatan piza di restoran ini.
Tidak dinafikan, kemunculan Luciano’s di Kuala Lumpur telah membawa satu revolusi dalam dunia makanan jalanan di ibu kota. Kini, warga Kuala Lumpur tidak perlu terbang jauh ke Itali untuk menikmati makanan tulen mereka. Cukup dengan melawat restoran Luciano’s, dan anda akan dibawa ke dunia makanan yang penuh dengan citarasa, warna, dan budaya Itali. Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman makan yang luar biasa dan berbeza, jangan lepaskan peluang untuk melawat Luciano’s di Kuala Lumpur. Percayalah, Anda tidak akan dikecewakan.
Kalau Korang nak try pizza yang sama power macam Luciano’s, korang boleh klik di sini untuk info lanjut
Lokasi
📍Location: Luciano’s Italian Street Food
Lot 1.145A & 1.72B, Ground Floor, Wisma Central, Jalan Ampang, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
🕕Operation Hours : Ahad-Isnin (Tutup)
Selasa-Sabtu ( 12pm – Jualan Produk Habis)
🗺️Google Maps: https://maps.app.goo.gl/WvA48EhBHYFvDfYz5
📲Phone: 010-244 0771
📲Website: https://lucianositalianstreetfood.business.site/?utm_source=gmb&utm_medium=referral
📲Instagram: https://instagram.com/lucianos.kl?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
📲Facebook:https://www.facebook.com/lucianos.kl22?mibextid=ZbWKwL
Article Curated By Amir Haziq