Hello semua! Ada tak sesiapa kat sini yang mengidam nak makan cendol? Kalau ada la kan… Izzah ada bawakan berita baik untuk korang. Ada satu gerai ni cukup legend la. Gerai ni dah bertahan dan masih buka bukannya satu atau 10 tahun, tapi 60 tahun guys! Cendol Kamal ni memang terkenal la kiranya sampai jadi lokal legend.
Cendol Kamal ni terletak di depan SK Hashim Awang, memang takkan sesat la kalau cari. Tapi kalau takut sesat juga, search je pakai Google Map, tak ada hal punyalah. Banyak review yang memberikan input yang best mengenai kedai ni. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kedai yang menjual cendol, tekan link ni: https://purpledurian.my/makan/cendol-asli-omak-den-review-rasa-ori-cendol-hanya-untuk-anda/
Menu
Cendol
Tengok je pun dah terliur tekak dibuatnya kan? Apatah lagi kalau makan cendol yang sebenarnya. Rasanya pun sedap, tak manis sangat, so sesiapa yang tak minat rasa yang terlampau manis tu, inilah cendol korang.
ABC
Ada ke kedai lain yang jual ABC dengan amaun yang banyak macam ni? Ini bukan gambar tipu-tipu tau guys. Ini original punya. Jadi… dahaga tak? Terliur tak? Kalau ya, mari datang cepat dan beli kat Cendol Kamal.
Secara kesuluruhannya, korang memang takkan menyesal kalau korang datang ke tempat ni dan beli dekat Cendol Kamal. Kedai ni pun buka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang. Untuk maklumat lajut tentang kedai makanan yang sedap di area Penang, klik link ni: https://purpledurian.my/makan/bke-corner-tempat-makan-wajib-singgah-di-pulau-pinang/
Cendol Kamal
📍13100, Kepala Batas, Penang (Depan Sekolah Hashim Awang)
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/xYMXMQZ3XCiAksxz7
⏰10am – 6pm
☎️011-1092 7419
📲Facebook: https://www.facebook.com/CendolKamal/?locale=ms_MY
Article currated by Izzah Norsham