Malasnya nak makan nasi. Boleh tak kalau nak makan burger? Boleh sangat-sangat! ! By the way, Izzah nak kongsi dengan korang satu tempat yang menjual burger yang super sedap. Namanya Raja Burger Malaysia.
Raja Burger Malaysia terletak di Lebuh Union, George Town, di hadapan Maybank dan di Gurney Drive Hawk Centre. Pelbagai review telah menyatakan kesedapan burger ini. Korang tahu tak apa yang lebih unik tentang burger ini? Daging untuk burger ini adalah buatan sendiri! Hebat kan? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat yang menjual burger, klik di sini. https://purpledurian.my/makan/burger-gergasi-yan-burger-adik-abang/
Menu
Burger
Nampak sedap kan? Seperti yang Izzah sebutkan tadi, burger ini memang unik kerana dagingnya buatan sendiri. Raja Burger Malaysia tidak membeli burger daging segera di kedai itu, sebaliknya, dia menggunakan daging cincang dan menambahnya dengan pelbagai rempah ratus dan telur, menjadikannya rasa yang luar biasa!
Melihat sahaja sudah membuatkan korang berasa lapar. Jadi apa tunggu lagi? Rebut peluang ini dan cuba sekarang!
Untuk sesiapa yang ingin datang ke gerai makan ini, Raja Burger Malaysia dibuka pada pukul 11 pagi hingga 6 petang (Tutup: Sabtu, Ahad & cuti umum) di Public Union dan 5 petang – 12 pagi (Tutup: Selasa) di Gurney Drive. Untuk maklumat lanjut tentang makanan di George Town, klik pautan ini. https://purpledurian.my/makan/moden/nikmati-kepelbagaian-rasa-di-the-table-co/
Lokasi
Raja Burger Malaysia
📍 Lebuh Union, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang (Berhadapan Maybank)
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/QeQbFAt9ETJtUWHk8
⏰ 11am – 6pm (Tutup: Sabtu, Ahad & Cuti Umum )
📍 Gurney Drive Hawker Centre
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/Z5VQsn5ES9M7gBb9A
⏰ 5pm – 12am (Tutup: Selasa)
☎️ 016-497 3907
📲Instagram: https://www.instagram.com/raja_burger_malaysia/
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/RAJA-Burger-Malaysia-100070104555132/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@rajaburgermalaysia