Korang yang tengah jaga bajet untuk makan dan nak dapatkan makanan yang sememangnya murah. Min suggest korang singgah ke Cape Cafe di Tanjung Malim. Cape Cafe menyediakan menu berharga RM1.70 sahaja. Apa yang menarik, semua menu mereka adalah RM1.70 tau. Makanan yang mereka sediakan tak semuanya sedikit. Tapi bagi min untuk orang yang biasa makan banyak akan rasa menu yang mereka sediakan tu tak mengenyangkan. Tapi untuk mereka yang biasa makan sikit dan makan dalam kuantiti yang normal mesti dah buat korang kenyang.
Selain itu, ini peluang korang untuk order semua menu yang mereka ada. Contohnya, nasi lemak, nasi putih ayam merah, mee kari, chicken chop, dan macam-macam lagi. Kebanyakkan pelanggan yang datang akan order menu nasi mereka sebab boleh cuba macam-macam menu. Hanya RM1.70 sahaja untuk satu hidangan, memang murah weh !
Nak tengok video review yang dah makan di Cape Cafe boleh klik link. Makanan dia semuanya best-best dan puas makan. Nak cari tempat makan sedap dekat area Perak boleh baca artikel ni. Ini tempat viral dan tempat wajib singgah kepada mereka yang suka konvoi.
https://purpledurian.my/makan/viral/nasi-bamboo-sg-klah-nasi-buluh-viral-di-sungkai-perak/
Menu Cape Cafe
1. Chicken Chop
Dengan RM1.70 pun korang boleh makan chicken chop tau. Walaupun portion sedikit tapi boleh tambah banyak kali.
2. Nasi Minyak Ayam Merah
Haa ni menu favourite min, nasi minyak ayam merah dia memang ngam sangat weh.
3. Mee Kari
Kalau rasa tak nak makan nasi mereka sediakan mee kari juga. Ada juga menu lain seperti bakso dan soto.
4. Brownies Ice Cream
Dessert yang paling laku keras adalah brownies ice cream. Bila makan sekali memang rasa dia sedap sangat sangat !
Banyak lagi menu yang best di Cape Cafe. Menu yang banyak dan murah ni sesuai sangat dengan student yang selalu kena jaga bajet untuk berbelanja. Adanya cafe macam ni sangat membantu students dan orang-orang yang tak mampu nak beli makanan mahal. Korang pun patut singgah dan rasa sendiri makanan yang berharga RM1.70 ni. Mereka buka setiap hari kecuali hari Jumaat, bermula jam 10.30 pagi hingga 10.00 malam.
Location
📍 Cape Cafe
Taman Anggerik Desa, 35900 Tanjong Malim, Perak
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/SmU8NGr8Gay3NqudA
📲Facebook: https://www.facebook.com/people/Capecafe/100079494936041/
📲Instagram: https://www.instagram.com/capecafe/?hl=en