BubbleBee ialah satu rangkaian minuman teh susu dan jenama bubble tea Malaysia yang beroperasi di Kuala Lumpur. Rangkaian ini terkenal dengan minuman teh berasaskan madu. Kebanyakan menu minuman boba yang dikeluarkan adalah berasaskan madu. BubbleBee diasaskan oleh pasangan selebriti Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dan Siti Sarah Raisuddin yang turut berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.
Kelahiran BubbleBee Malaysia
Pada awal tahun 2010, bubble tea telah menjadi sangat popular di Malaysia selama beberapa tahun. Hal ini telah dilihat oleh Shuib Sepahtu sebagai peluang untuk memulakan sebuah perniagaan berkaitan bubble tea dan teh susu. Disitu bermula nama BubbleBee disebarkan. Bubblebee telah diasaskan pada Disember 2019 oleh Shuib dan isteri, Sarah, dengan kedai pertama beroperasi di Menara U2, Shah Alam, Selangor. Asas utama minuman yang disajikan di BubbleBee ini adalah madu tempatan dengan aiskrim yang diadun dengan madu lebah.
Sambutan yang amat menggalakkan oleh peminat-peminat bubble tea dan juga peminat kepada dua pasangan selebriti tersebut. Jenama minuman mereka menjadi kegemaran ramai dengan rasa dan kualiti yang sangat bagus. Idea membuat aiskrim dan minuman berasaskan madu tempatan adalah idea yang sangat bijak.
Menambah Cawangan BubbleBee
Disebabkan oleh sambutan BubbleBee di Menara U2 mendapat sambutan hangat. Hal ini telah menjadi penyebab kepada pembukaan cawangan lain di beberapa buah negeri. Pada tahun 2020, BubbleBee telah membuka sebanyak 28 cawangan pada awal tahun yang membuatkan lebih ramai peminat teruja dengan pembukaan cawangan tersebut di tempat mereka.
Pada tahun 2023, BubbleBee telah memiliki 35 cawangan di 11 buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu Kelantan, dan Pulau Pinang. Pembukaan cawangan BubbleBee akan ditambah lagi dari masa ke semasa termasuk di negeri Sabah dan Sarawak. Hal ini untuk memberi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak merasa bubble tea yang dimiliki oleh orang tempatan Malaysia.
Kejayaan BubbleBee
Disebalik minuman teh yang popular telah membawa BubbleBee terbang lebih jauh lagi. Kejayaan nama BubbleBee telah membuat jenama ini merangkul anugerah dengan gelaran Lifestyle Beverage Brand Of The Year dari majlish penganugerahan Made For The World Excellence Awards 2021. Kejayaan ini telah membuat nama BubbleBee lebih dikenali di antarabangsa. Selain itu, BubbleBee juga mendapat sijil penghargaan kerana Bubblebee telah bersama-sama menjayakan karnival kerjaya dan usahawan wanita anjuran Jabatan Pembangunan Malaysia.
Bukan itu sahaja, BubbleBee juga mengambil peluang dalam menjayakan program Menu Rahmah untuk rakyat Malaysia yang mengalami masalah kewangan dan ekonomi. Ini untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu merasa air minuman dan ice cream dari BubbleBee. Sebanyak lima menu yang dikeluarkan oleh BubbleBee sebagai Menu Rahmah dengan harga RM5 setiap satu minuman atau ice cream. Menunya adalah Friz B Strawberry, Friz B Manggo, Honey Ice Cream, Black Series Ice Cream dan Honey Milk with Black Pearl. Pelanggan boleh dapatkan di semua cawangan BubbleBee diseluruh negeri. Harga Menu Rahmah ini dibuka selama sebulan dan sambutannya amat menggalakkan dan sangat membantu rakyat yang tidak pernah lagi mencuba menu dari BubbleBee.
Akhir sekali, BubbleBee adalah sebuah syarikat jenama tempatan yang akan berjaya meluaskan sayapnya hingga ke peringkat antarabangsa demi membawa nama Malaysia. Mengekalkan kualiti minuman dan ice cream mereka juga pasti akan menarik lebih ramai untuk jadi penggemar BubbleBee. Dengan kejayaan dan sokongan dari rakyat Malaysia pasti akan ada kejayaan yang hebat untuk BubbleBee nanti. Cawangan antarabangsa mungkin akan tercapai dalam beberapa tahun lagi.