Promo Baru Tealive: Tealive PRN DUN 2023 Menawarkan RM6.00 Untuk Minuman Yang Terpilih

  • Post author:
  • Post category:Makan / News
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Promo Baru Tealive: Tealive PRN DUN 2023 Menawarkan RM6.00 Untuk Minuman Yang Terpilih

Sempena PRN DUN 2023 akan datang Tealive telah membuat Promosi PRN 6 Negeri dengan menjual air Tealive hanya RM6.00 sahaja untuk semua pengguna aplikasi Tealive. Mereka telah menyediakan voucher untuk anda semua redeem di aplikasi. Untuk pengetahuan korang ada 6 jenis air yang korang boleh pilih dan semuanya adalah signature drinks mereka. Bukan itu je korang boleh pilih mana-mana saiz yang korang suka sebab semua saiz available untuk promosi kali ini. Apa yang penting semuanya RM6.00.

Ini promosi kaw kaw punya sempena PRN 6 Negeri yang akan datang. Apa yang best voucher yang mereka sediakan ni boleh digunakan sebanyak 5 kali dan boleh beli unlimited air dalam satu resit. Jadi korang boleh lah belanja air ni untuk family dan kawan-kawan.

Menu Air Tealive

Nak tahu tak air apa yang Tealive berikan untuk promosi kali ni? Haa ada 6 jenis air iaitu:

  • Bang Bang Milk Tea
  • Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
  • Signature Coco
  • Hazelnut Milk Tea
  • Sparkling Mango Tea or Passion Fruit Tea with 3Q Jelly
  • Signature Coffee
tealive rm6
Source: Mini Me Insights

Cara Beli

Nak dapatkan air Tealive berharga RM6.00 ni ada cara-caranya. Pertama korang kena ada aplikasi Tealive dan daftar di aplikasi mereka. Kemudian korang boleh redeem voucher di aplikasi Tealive. Nak redeem korang kena masukkan code “PRN6”, ingat code ni penting tau kalau tak masukkan korang tak dapat voucher. Korang boleh guna code redeem ni sebanyak 5 kali. Mudah je kan !

Promosi Tealive PRN DUN 2023 akan bermula hari ini sehingga 13 Ogos 2023. Jadi korang boleh redeem voucher PRN6 pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh yang ditetapkan. Haa apa lagi dah tahu ada promosi jom lah kita ke Tealive sekarang !