NMooMoo adalah sebuah syarikat penghantaran makanan yang semakin dikenali walaupun baru dua tahun menceburi bidang penghantaran makanan. Tetapi dua tahun bukanlah sesuatu yang masih dianggap baru malah boleh dianggap banyak penambahbaikan yang telah dilakukan berbanding di awal pembukaan. Permulaan untuk membina sebuah platform penghantaran makanan ini telah tercetus semasa Covid-19 dan PKP. Tujuannya adalah membuka saluran untuk pemilik perniagaan mengembangkan perniagaan mereka melalui penghantaran pada kadar yang rendah dan lebih berpatutan.
NMooMoo akan dapat membantu ramai peniaga untuk menghantar makanan mereka. Jadi pelanggan mereka tidak perlu makan di kedai atau “tapau’ atau bawa pulang kerana mereka hanya perlu pesan melalui aplikasi penghantaran NMooMoo sahaja.
Kelebihan NMooMoo Berbanding Syarikat Penghantaran Lain
Walaupun perlu bersaing dengan syarikat penghantaran yang lebih besar tapi NMooMoo tetap cuba untuk menambah baik servis mereka. Pelbagai cabaran mereka perlu hadapi sepanjang perjalanan dua tahun ini dan pelbagai pemasaran yang telah lakukan untuk memperkenalkan NMooMoo kepada rakyat Malaysia.
“Throughout these two years we are doing a lot of marketing, online and offline. So for online, we talk about Meta and Tik Tok. Other than that, we have promotions, our song to help customers remember, and our festival. We create engagement so that our audience can get a chance to win prizes.” – kata Pengurus Jualan & Pemasaran Kebangsaan, Francis Chio.
Selain lakukan pemasaran secara atas talian, NMooMoo juga melakukan pemasaran luar talian dengan mengadakan banyak roadshow. Hal ini bertujuan untuk memperkenalkan jenama NMooMoo kepada masyarakat kerana kemungkinan mereka tidak pernah mendengar nama jenama ini sebelum ini. Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang roadshow tersebut berlangsung dengan kerjasama peniaga-peniaga serta rakan kongsi mereka.
“This year we just finished our annual fair which was a big milestone. We managed to have more than five figures of visitors, and close to one hundred merchants.” – kata Francis Chio lagi.
Perkhidmatan Yang Mengutamakan Pelanggan
NMooMoo mementingkan bahagian perkhidmatan pelanggan kerana ini adalah keutamaan untuk menjaga hubungan dengan pengguna. Dalam ekosistem di NMooMoo ada 3 keutamaan yang perlu dijaga iaitu pemilik yang menyediakan makanan, penghantar makanan atau ‘rider’ dan juga pengguna. Demi menjaga hubungan yang baik, penghantaran makanan kepada pengguna haruslah dalam keadaan yang baik dan tepat pada masa. Jika terjadi kelewatan dalam penghantaran atau terjadi apa-apa dengan makanan yang telah dihantar pengguna boleh terus menghubungi perkhidmatan pelanggan NMooMoo untuk bercakap dengan seseorang (bukan chat autobot!).
Pelan Langganan Yang Berbaloi!
Saksikan akan datang – pelan langganan NMooMoo! “Go Moo Plus” hanya RM1.99 sahaja sebulan. Apa yang anda akan dapat adalah 66 kupon bernilai lebih RM50.00 yang boleh digunakan dalam aplikasi NMooMoo. Kupon tersebut tidak mempunyai jangka masa tertentu bila boleh menggunakannya, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dalam langganan anda, bukan hanya terhad pada waktu tertentu.
Selain itu, mereka juga akan lancarkan servis yang hampir sama dengan referral cashback jika anda berbelanja di aplikasi NMooMoo dan anda akan mendapat pulangan semula di dalam bank akaun anda. Kemudian jika anda memberitahu rakan anda untuk memuat turun aplikasi NMooMoo, anda akan mendapat ganjaran! Lebih banyak anda dan rakan anda berbelanja, lebih banyak ganjaran yang akan anda terima. Sangat menarik pelan langganan yang disediakan oleh NMooMoo ini.
Pelan Masa Hadapan
Matlamat yang paling utama adalah mengembangkan jenama NMooMoo ke seluruh negara, dan kemudian ke antarabangsa. Itu adalah matlamat terbesar yang mereka inginkan untuk jenama NMooMoo terus berjaya.
NMooMoo adalah sebuah jenama baru dalam industri penghantaran makanan tapi dengan usaha dan acara yang mereka lakukan pasti NMooMoo akan dapat mencapai matlamat yang diidamkan. Serta dapat bersaing dengan syarikat penghantaran makanan lain yang besar di Malaysia. Setiap usaha yang dilakukan pasti satu hari akan membuahkan hasil.