Minum Air Serendah RM1 Di Food Bazaar!

  • Post author:
  • Post category:Makan / News
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Minum Air Serendah RM1 Di Food Bazaar!

Hi guys! Hari ni Min nak share satu berita kepada netizen mengenai pembukaan Food Bazaar dan sempena pembukaan Food Bazaar nanti, venue tersebut akan memberikan air berharga RM1.90 untuk semua air panas dan RM2.90 untuk semua air sejuk. RM1 tu pulak untuk kopi dan teh sahaja.

Pengenalan

Food Bazaar adalah sebuah tempat makan yang memiliki lebih 100 pilihan makanan untuk foodies. Dalam food court ni ada 16 gerai jadi ada pelbagai jenis makanan yang anda boleh pilih mengikut citarasa sendiri. Berkenaan minuman kopi dan teh RM1 yang disebut sebelum ni, harga tersebut hanya valid 1 bulan selepas pembukaan (hingga 31 Januari). Milkshake pula berharga hanya RM7.50. Selain itu, tempat makan yang disediakan juga luas dan selesa so netizen tidak akan rasa crowded.

Tempat

Food Bazaar akan berada di beberapa tempat seperti:

  • Food Bazaar Subang Perdana 
  • Food Bazaar Chow Kit
  • Food Bazaar KL Eco City
  • Food Bazaar Subang Jaya

Food Bazaar Subang Perdana telah dibuka manakala 3 lagi Food Bazaar akan dibuka pada tahun 2024 so tanda kalendar anda dan jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan untuk cuba rasa makanan di Food Bazaar nanti.

Location & Info

Food Bazaar Subang Perdana

📍Jalan Dinar U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor

🗺️ Google Maps: Food Bazaar Subang Perdana

⏰Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 am

📲Phone: 012-9218302

📲Instagram: Food Bazaar

📲Facebook: Food Bazaar

📲TikTok: Food Bazaar

Article curated by Nada Fariza