JULIE BERKERJASAMA DENGAN “THE GREATEST OF ALL TIME” (G.O.A.T.s) DALAM KEMPEN #TAKE25 TERBARU MEREKA UNTUK KESIHATAN MENTAL

  • Post author:
  • Post category:Makan / News
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing JULIE BERKERJASAMA DENGAN “THE GREATEST OF ALL TIME” (G.O.A.T.s) DALAM KEMPEN #TAKE25 TERBARU MEREKA UNTUK KESIHATAN MENTAL

Nikmati Rehat, Nikmati Biskut Oat 25, dan Menimba Ilmu daripada “The Greatest of All Time” (G.O.A.T.s) dalam Tiga Video Menawan!

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 – Julie’s kembali lagi dengan kempen kesedaran kesihatan mental #Take25 mereka yang memasuki tahun kedua. Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai mengutamakan kesejahteraan mental mereka dalam rutin harian dengan hanya meluangkan masa 25 minit untuk berehat. Kempen ini memanfaatkan tiga siri
video menghiburkan yang memaparkan sehari dalam kehidupan bintang-bintang filem yang tidak dijangka – sekumpulan ekor kambing yang juga dikenali sebagi “goats” dalam Bahasa Inggeris yang akan berkongsi kewibawaan mereka tentang kesihatan mental.

Menggunakan unsur jenaka, kempen ini menggunakan akronim G.O.A.T.s secara kreatif yang bermaksud ‘The Greatest of All Time’ dalam Bahasa Inggeris untuk merujuk kepada bintang bintang siri video ini. Kempen ini ingin menyampaikan mesej bahawa individu yang paling berjaya pun, juga mempunyai hari-hari di mana mereka tidak berasa begitu hebat atau positif senantiasa.
“Perkongsian gambaran kehidupan ideal kini semakin meningkat, khususnya di media sosial dan biasanya ia hanya menayangkan detik kejayaan dan kegembiraan hidup seseorang. Ini telah menyumbang kepada persepsi masyarakat bahawa kandungan media sosial yang disusun atur ini menggambarkan kehidupan yang ideal. Namun penggambaran kehidupan media sosial ideal yang mustahil dicapai dan sering dipromosikan ini merupakan sebab mengapa perlunya kempen #Take25 kami”, kata Tzy Horng Sai, Biskut Pengarah Julie’s Biscuits.
Dia menambah, “Kami berharap untuk menggunakan #Take25 bukan sahaja sebagai peluang untuk mengurangkan tekanan sekitar topik kesedaran kesihatan mental, tetapi untuk mencetuskan perbualan dan mencipta ruang dimana perbincangan yang autentik dan terbuka patut diraikan. #Take25 menggariskan pemikiran selaras dengan tawaran biskut Oat 25 yang sihat, mempromosikan mesej bahawa penjagaan diri dengan cara yang boleh dicapai dan munasabah adalah tanda kekuatan, bukan kelemahan.”

Dengan kerjasama agensi kreatif GOVT, kempen ini bertujuan untuk mencabar tanggapan salah tentang kehidupan seseorang yang dianggap sebagai ideal. Ia menekankan bahawa kehidupan yang ideal merupakan sebuah mitos dan menyarankan masyarakat menerima bahawa setiap orang menjalani kehidupan yang berlainan.
Melalui siri video ini, penonton akan dibawa melalui kehidupan harian bintang protagonist berkuku empat dan cara ia menangani isu harian yang berkaitan dengan kesihatan mental seperti masalah menyesuaikan diri dengan persekitaran, perasaan keseorangan dan tabiat positif toksik daripada rakan kambingnya (dan beberapa lembu). Video-video tersebut menggariskan idea bahawa ia adalah biasa untuk seseorang individu untuk tidak berasa positif setiap masa dan menyampaikan mesej kepentingan mengambil masa berehat untuk kesejahteraan mental.
“Kami hidup dalam dunia yang sangat didorong oleh kejayaan di mana ia adalah penting untuk menunjukkan bahawa individu-individu yang paling berjaya (G.O.A.T.s) pun, juga melalui detik-detik yang kurang positif, dan ia adalah perkara biasa. Sejajar dengan jenama Julie’s tipikal yang suka mengunakan unsur humor, kami telah memutuskan untuk menampilkan kambing sebagai bintang kempen ini (mengguna G.O.A.T.s sebenar akan menjadi terlalu mahal) untuk menyebarkan mesej bahawa kesejahteraan mental adalah perjalanan yang kompleks, dan setiap orang menghadapi cabaran hidup yang unik. Perasaan kurang positif tidak selalu menandakan masalah kesihatan mental; ia hanya bermakna anda hanyalah manusia.” Aaron Koh, Rakan Kongsi Kreatif, GOVT.
Ambilah masa berehat untuk kesihatan mental anda hari ini dan #Take25 minit untuk menonton ketiga-tiga video lucu ini sambil menikmati rangkaian biskut sihat Oat 25 dari Julie’s. Mulakan detik #Take25 anda dengan menekan klik pada lakaran-lakaran kecil di bawah:

Lengkapkan masa rehat anda dengan menikmati snek sihat seperti rangkaian biskut Julie’s Oat 25 yang diperbuat daripada rolled oat dari Australia yang berkualiti. Rangkaian biskut ini boleh didapati dalam tiga jenis perisa seperti Coklat Hazelnut, Strawberi dan Ten Grains dari kedai runcit terdekat anda atau dalam talian di kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada. Biskut Oat 25 ini dibungkus dalam dua jenis paket mudah-alih yang mengandungi 12(300g) atau 8(200g) paket biskut mini individu, sesuai untuk perkongsian mudah atau dibungkus sebagai snek untuk seseorang individu.

Sertai kami dalam menyebarkan mesej kepentingan kesihatan mental dengan mengongsikan siri video ini dengan hashtag #Take25. Jangan lupa bahawa semua orang berhak dan patut meluangkan 25 minit untuk berehat demi kesihatan mental mereka! Untuk mendapatkan informasi terkini berterusan tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, lawati laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.