Hi guys! Hari ni Min nak share yang Food Bazaar sekarang ada 4 cawangan di Malaysia tau! Kat mana tu Min? 2 cawangan ada di Selangor dan lagi 2 di Kuala Lumpur. Kesemua cawangan masih baru lagi beroperasi so semua benda baru. Food Bazaar ni juga besar dan luas, sesuai untuk big crowd. Confirm rasa selesa sebab venue tak sempit.
Cawangan
- Food Bazaar Subang Perdana – Dibuka pada 3 Disember 2023
- Food Bazaar Chow Kit – Dibuka pada Januari 2024
- Food Bazaar KL Eco City – Dibuka pada Januari 2024
- Food Bazaar Subang Jaya – Dibuka pada Januari 2024
Lagi 3 cawangan Food Bazaar ini akan datang tahun 2024 jadi tanda kalendar dan pastikan anda singgah bila Food Bazaar secara rasminya dibuka.
Makanan yang ada halal ke Min? Jangan risau, mereka menyediakan makanan yang dijamin Halal untuk semua pengunjung Food Bazaar. Selain daripada makanan Halal, Food Bazaar juga hanya menyediakan makanan yang berkualiti untuk semua pelanggan yang hadir. Semua dijemput hadir beramai-ramai sebab ada promosi yang Food Bazaar sediakan untuk anda. Antaranya, air kopi dan teh yang berharga RM1 manakala minuman lain berharga RM1.90 (panas) dan RM2.90 (sejuk) jadi jangan ketinggalan dan datang ke Food Bazaar!
Location & Info
Food Bazaar Subang Perdana
📍Jalan Dinar U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor
🗺️ Google Maps: Food Bazaar Subang Perdana
⏰Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 am
📲Phone: 012-9218302
📲Instagram: Food Bazaar
📲Facebook: Food Bazaar
📲TikTok: Food Bazaar
Article curated by Nada Fariza