White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa – Terokai Nikmat Makan Sambil Bersantai Di Tepi Tasik

You are currently viewing White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa – Terokai Nikmat Makan Sambil Bersantai Di Tepi Tasik

Makan sambil bersantai di tepi tasik? Wow! Siapa nak? Kalau Izzah, of course ianya suatu benda yang Izzah nak. Makan di tepi tasik ala-ala piknik gitu tapi di restoran tepi tasik. Bestnya! Tapi, korang jangan risau, korang boleh nikmati semua itu di White & Black Lakeside!

Terletak di Tasik Titiwangsa, suasana di White & Black Lakeside ni sememangnya boleh memberi ketenangan di hati korang terutama sekali apabila sudah penat berkerja. Review yang diberikan juga menunjukkan mereka puas hati di restoran ini walaupun ada sedikit kekurangan. Biasalah tu, setiap tempat ada up and down mereka. Kalau korang nak cari tempat makan yang mempunyai suasana yang memberi ketenangan, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/cafe-healing-yang-boleh-buat-korang-tenang-di-rumabukit-di-kuang-selangor/

White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa Review (google.com)
White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa Review (google.com)

Menu

Sphageti Smoked Duck (RM 35)

Spagheti Smoked Duck (Menu Lakeside Print HQ)
Spagheti Smoked Duck (Menu Lakeside Print HQ)

Perrrgghhh!!! Baca je dah terliur tekak dibuatnya! Apatah lagi kalau korang makan makanan ni?! Of course lah SEDAP! Bayangkan dah la makan sphageti, tambah pula tu dengan itik salai yang rasanya memang UUMPH! TERBAIK!!!

Di White & Black Lakeside, bukan sahaja makanan western, mereka juga menyajikan aneka masakan Melayu, serta dessert! Untuk sesiapa yang ingin membawa budak-budak jagan risau, White & Black Lakeside juga ada menyediakan makanan untuk portion kanak-kanak. Sememangnya hanya yang terbaik untuk pelanggan mereka. Kalau korang nak tahu menu apa lagi yang ada di restoran ini, korang boleh tekan link ini: https://d1fdloi71mui9q.cloudfront.net/53pcxvTLRWuufaoIIlTP_W%26B%20LAKESIDE%20Menu.pdf

Overall, di White & Black Lakeside ni, korang boleh nikamti makanan yang enak sambil menikmati panorama Tasik Titiwangsa yang indah. Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini, korang boleh skrol ke bawah. Kalau korang nak cari restoran yang menyajikan western food, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/sambil-jalan-jalan-di-penang-jangan-lupa-singgah-di-don-western-grill/

Lokasi

📍White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa
5PG4+MF tasik, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
⏰Waktu buka: 10.30 am – 9 pm (Tutup: Isnin)
🗺️Google Maps: https://maps.app.goo.gl/EkxzGhH48aCCzK5B8
📲Website: linktr.ee/whitenblack
📲Facebook: https://www.facebook.com/whiteandblacklakeside/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@wnblakesidetitiwangsa
📲Instagram: https://www.instagram.com/white_blacktitiwangsa/

Article curated by Izzah Norsham