Seperti yang ramai tahu, nachos ada satu hidangan ringan tapi savoury yang berasal dari utara Mexico. Ia asasnya diperbuat daripada kepingan tortilla rangup yang disaluti keju cair dan bermacam toppings. Nachos sangat digemari oleh ramai penggemar snek berkeju tau, di Malaysia pun senang je nak cari nachos ni! Buat kudapan masa minum petang atau masa tengok movie, mantap!
Harini Min nak cerita sikit pasal satu gerai yang menjual nachos yang baru sahaja viral di TikTok baru-baru ni. Ha, korang mesti tertanya tanya apa yang special sangat nachos yang mereka jual sampai viral, kan? Twischos Station ni menjual nachos dengan menggunakan jajan ‘Twisties Chachos’ tu tau, so kalau korang beli nachos korang akan dihidang dalam packaging Twisties tu ya! Menariknya!
Gerai ni berlokasi di Kuala Selangor, berhadapan dengan Lotus Selangor. Selain Twischos, mereka juga menawarkan beberapa menu lain seperti Twistorchos.
Twistorchos yang rupanya seperti burrito tetapi tortilla wrapnya disaluti dengan telur, isi pun padat Min tengok!
Min selalu nampak nachos dalam packaging jajan ni lalu dekat FYP TikTok Min, tetapi dekat oversea je tau, finally dah masuk Malaysia! Nanti Min nak singgah pergi beli, siapa nak join?