Roti Bakar Arang Fadzil House – The One and Only Roti Dibakar Menggunakan Arang!

You are currently viewing Roti Bakar Arang Fadzil House – The One and Only Roti Dibakar Menggunakan Arang!

Siapa orang Taiping mesti pernah pergi ke Roti Bakar Arang Fadzil House kan. Kalau korang nak tahu restoran ini antara restoran yang terkenal di Taiping dengan keunikannya. Roti Bakar Arang Fadzil House yang terletak di Taiping, Perak adalah sebuah restoran yang memiliki keunikan seperti membakar roti di atas arang. Jarang lah kita nampak orang buat roti bakar menggunakan arang.

Restoran ni memang unik dan ini juga membuatkan ramai orang hadir untuk rasa keunikan roti bakar arang ini. Mesti rasa asap dari arang tu buatkan roti tu jadi lagi sedap kan. Ramai pelanggan hadir setiap pagi untuk sarapan disini dan memang hampir setiap hari meja penuh dengan orang yang nak sarapan roti bakar.

roti-bakar-arang-fadzil-house
Source: Khairel Farish

Haa tengok la gambar dekat atas tu memang penuh orang sampai keluar kedai. Tapi korang jangan risau walaupun ramai orang layanan disini sangat laju tau. Korang tidak perlu tunggu lama untuk dapat makanan yang korang order sebab tu ramai orang suka singgah makan di restoran ni. Untuk makluman, Roti Bakar Arang Fadzil House dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat dan mula beroperasi pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari sahaja. Nak tengok review dari pelanggan boleh klik sini.

Pelbagai menu sarapan yang disediakan disini dan ada juga menu untuk makan tengah hari. Jangan ingat ada menu roti bakar je tau tapi restoran Roti Bakar Arang Fadzil House ini juga ada menu seperti set nasi ayam penyet, set daging black pepper, set asam pedas, bihun sup dan banyak lagi. Korang nak tahu mana lagi boleh dapatkan rasa roti bakar yang tradisional boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/tradisional/asal-usul-budaya-kopitiam-yang-masih-hidup-sampai-sekarang/

Menu

1. Roti Bakar Telur Goyang Special (RM4.50)

roti-telur-goyang-special
Source: Izaidi Rosli

Roti bakar telur goyang special menjadi pilihan orang ramai yang hadir ke restoran ni. Mesti bila datang je orang akan pilih menu ni sebagai pilihan sarapan mereka. Menu ini hadir dengan roti yang dibakar diatas arang bersama dua biji telur setengah masak dan kacang panggang. Sedapnya korang terliur min tengok.

2. Set Kari Ayam (RM6.50)

set-kari -ayam
Source: Roti Bakar Arang Fadzil House Facebook

Set Kari Ayam juga best seller di restoran ni tau. Kita akan dapat 3 keping roti yang sudah di kukus dan seketul ayam bersama kuah kari. Fuh roti kukus yang lembut tu di cicah dengan kuah kari memang mantul la korang.

3. Nasi Lemak Ayam Goreng (RM5.00)

nasi-lemak-ayam
Source: Hazura Yais Razali

Tidak lupa juga menu sarapan yang tak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Tapi kali ni ia datang bersama ayam goreng ya korang dan harganya hanya RM5.00 sahaja. Murahnya korang!

Haa.. kepada peminat roti bakar bolehlah datang ke restoran Roti Bakar Arang Fadzil House ni. Ada pelbagai menu roti bakar yang ada seperti roti bakar biasa, roti bakar telur goyang, roti bakar telur goyang special, roti kahwin, roti kukus dan banyak lagi. Apa yang penting semua ni sedap-sedap tau tak rugi kalau korang cuba. Sekali rasa mesti nak cuba lagi punya.

Location
📍 Roti Bakar Arang Fadzil House

1, Jalan Perusahaan 2, Kampung Sungai Tupai, 34000 Taiping, Perak

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/bAE9HsadeFu9QyNo7

📲Instagram: https://www.instagram.com/rotibakararang_fadzilhouse/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/RotiBakarArangFadzilHouse
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@fadzilhouse3737?lang=en