Resipi Telur Dadar Sambal Hijau ‘Viral’ Khairulaming Terlalu Berminyak? Ini Respon Netizen

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing Resipi Telur Dadar Sambal Hijau ‘Viral’ Khairulaming Terlalu Berminyak? Ini Respon Netizen

Baru-baru ni riuh kes Dr. Rafidah dan Khairulaming viral. Ini kerana respon Dr. Rafidah di Twitter kerana posting 30 Resipi Ramadan Khairul Aming iaitu Telur Dadar dan Sambal Hijau yang viral. Dr. Rafidah membuat teguran terbuka melalui ciapan di Twitter tentang kandungan minyak dalam resipi tersebut.

Sumber: Twitter

“Salam Khairulaming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merudum. TK.

Khairulaming telah pun mengeluarkan respon di media sosial dan beliau menerima teguran Dr. Rafidah secara positif.

Sumber: Instagram

“Pertama sekali, terima kasih atas semua pandangan dan saya sangat bersetuju kesihatan adalah yang paling utama dan memang kita patut jaga kesihatan.”

Bagaimanapun, Khairul Aming menjelaskan kaedah ditunjukkan dalam video masakan adalah realiti sebenar cara penyediaan sesuatu makanan.

“Boleh buat semua tu, kurangkan minyak, kita boleh tukar resipi, boleh tukar bahan cuma (makanan) akan jadi tak sedap macam yang asal, itu je sebenarnya.” Beliau mengakhiri posting dengan ucapan selamat berpuasa dan menasihatkan semua untuk menjaga kesihatan dan bersenam.

Walaupun posting dari nephrologist Hospital Putrajaya itu adalah teguran yang baik dan diterima dengan baik oleh Khairulaming, tetapi ada yang merasakan timing dan cara pakar kesihatan tersebut tidak kena tempat.

Semua orang tahu masakan tradisi di Malaysia ni, kebanyakannya memang banyak minyak, banyak santan, kurang menyihatkan. Macam nasi lemak, masak lemak cili api, sambal tumis, semua tu menggunakan minyak yang banyak. Dan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, tinggi kolesterol adalah masalah utama rakyat Malaysia. Tapi, adil kah untuk kita salahkan masakan? Kalau macam tu, atuk nenek moyang kita yang makan makanan yang sama sejak turun temurun ok je?

Ramai influencer makanan di Malaysia seperti Che Nom, Limau Nipis dan Yatie Kitchen berkongsi resipi tradisi seautentik mungkin. Tetapi adilkah untuk kita meletakkan tanggungjawab untuk “menyihatkan” masakan tradisi tersebut untuk followers mereka sedangkan mereka bukan lifestyle influencer ataupun pempengaruh berasaskan kesihatan. Konten mereka adalah untuk berkongsi resipi dan kesihatan masing-masing adalah tanggungjawab peribadi.

Ramai komen netizen yang menyokong respon Khairulaming dalam video beliau. Antaranya pakar kesihatan dan inflluencer, Dr. Halina yang menyokong kenyataan Khairulaming sekaligus menyatakan hikmah disebalik teguran Dr. Rafidah.

Sumber: Instagram

“Well-said KA! Sambal ni kena banyak minyak baru kaw dan tahan lama. Yang nak makan tu lah yang bertanggungjawab jaga badan sendiri ye tak. Tapi tulah maslaahnya memang makanan kita sedap macam tu. Pandai pandailah jaga diri. Elok juga isu ni timbul. Tiba-tiba orang terfikir bab jaga portion makan kan? Take care semua!”

Chef selebriti di Asian Food Network, Ili Sulaiman pun backup KA tau! Beliau pun bersetuju dengan kenyataan KA dan memuji konten KA yang memberi motivasi dan petunjuk untuk semua yang mahu belajar memasak.

Sumber: Instagram

“Well said @khairulaming and the points you laid out are so true. Thank you for your content cause it inspires so many to know what goes into recipes and also gets people into the Dapur to masak. Air tangan semua lain-lain so kalau I masak your recipe I can amend it to suit my taste and everyone should look at it from this point too. Salam Ramadhan and looking forward to more of your sharing.”

Tidak kurang juga ada yang memuji respon Khairulaming yang tenang dan berpengetahuan. Yelah. Kebanyakan influencer dan selebriti sekarang ni cepat melatah apabila ditegur.

Sumber: Instagram

“TERBAIK. THIS IS THE REAL INFLUENCER. TAK PERNAH BERAPI, SENTAP, MELOMPAT BILA KENA KECAM. HE CAME OUT WITH CLEAR EXPLANATION. Bukan macam sesetengah acah2 influencer yang bila ditegur terus melompat naik angin. Acah-acah. Inilah bezanya yang educated & non (educated). Keep it up @khairulaming.”

Memang cara Khairulaming menangani isu ini patut dicontohi bukan sahaja oleh influencer lain tapi juga untuk semua. Kita harus menerima teguran dengan hati dan fikiran terbuka untuk perubahan positif di masa hadapan.

Sumber: Instagram

Dr. Rafidah telah pun memohon maaf atas ciapan beliau dan menjelaskan bahawa beliau tidak meletakkan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan rakyat Malaysia di atas bahu KA. Ini sekadar cadangan dari pakar kesihatan.

Kerana resipi telur dan sambal ni, dah jadi kecoh kejap di bulan Ramadan. Bagi min, teguran Dr. Rafidah adalah tidak salah dan benar sama sekali. Tetapi KA juga tidak salah kerana berkongsi resipi tersebut. Memang Min tengok cara masak resipi ni dengan chef lain pun sama je. Pokok pangkal adalah diri sendiri. Resipi ni bukan resipi baru dan selalu dimakan oleh generasi sebelumnya. Kita yang kena menjaga kesihatan sendiri, bersenam dan jaga portion makanan. Tak salah pun untuk kita menikmati makanan yang sedap asalkan kita tahu tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Nak tahu pasal produk terhangat Khairulaming? Boleh baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.