Kucing Dan Kopi: Kafe Kucing ini Dapat Menarik Perhatian Pencinta Kucing Untuk Bermain Bersama Si Bulus

You are currently viewing Kucing Dan Kopi: Kafe Kucing ini Dapat Menarik Perhatian Pencinta Kucing Untuk Bermain Bersama Si Bulus

Hi korang! Hari ini min nak cadang dekat cat lovers untuk pergi ke sebuah kafe kucing di Seremban, Negeri Sembilan. Kafe Kucing dan Kopi ini baru sahaja dibuka di Rasah Prima, Seremban ini pada asalnya merupakan kedai grooming serta hotel kucing. Namun, kedai ini telah diubahsuai menjadi kafe dan peminat kucing boleh meluangkan masa di sini bersama si bulus. Jika korang nak hantar kucing korang untuk grooming, mereka masih menerimanya tetapi slot adalah terhad.

Kucing-kucing di sini hampir semuanya friendly terutamanya kucing Maine Coon. Manja dia tu fuh, kalah kucing min. Min yakin yang korang akan dapat luangkan masa dengan penuh bermakna bersama kucing-kucing yang ada di kafe ini. Air yang dijual di sini juga sedap dan patut dicuba bagi peminat kopi atau coklat.

Ingin mengetahui kafe kucing viral yang lain? Sila tekan di sini.

Menu

Flavoured Chocolate

Kucing Dan Kopi
Flavoured Ice Chocolate (YDC Google)

Peminat coklat, min cadangkan korang untuk cuba air flavoured chocolate kafe ini. Korang boleh pilih sama ada caramel, coffee atau vanilla untuk diletakkan di dalam air chocolate ini. Untuk min, min pilih caramel sebab min suka rasa gabungan caramel dan chocolate.

Kopi Ayah

Peminat kopi jangan risau, kafe Kucing dan Kopi ini juga ada menyediakan pelbagai jenis kopi yang korang boleh dapatkan. Antara kopi yang dapat tarik perhatian min adalah kopi ayah. Rasa kopi yang sungguh sedap ini pasti akan dapat hilangkan craving korang. Kopinya yang pekat dan sedap ini memang patut untuk dicubai oleh peminat kopi. Tak percaya? Korang boleh baca dan tengok review ini.

Pendapat

Akhir sekali, min memang suggest dekat korang untuk cuba minum dekat Kucing dan Kopi. Dua-dua air yang min senaraikan kat atas tu serious recommended sangat. Apa lagi? Jomlah terjah orang nismilan!

Ingin mencari port makan menarik di Negeri Sembilan? Sila tekan di sini.

Lokasi

📍Jalan Rasah Prima 1, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/HZdA2NQqdaWCnY8NA

📲Phone: 013-6141953

⏰Waktu Operasi: 11am – 7pm (AHAD TUTUP)

📲Instagram: https://instagram.com/catz_purrr?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@kucingdankopihq?_t=8gYNHk1OSDi&_r=1

“Article curated by Areisya Putri”