Korang pernah dengar tak satu kedai nama My Lok Lok ni? Tahu tak lok lok tu apa? Haaa meh sini min share sikit apa itu lok lok. Lok Lok ini adalah steamboat atau dip dip yang digoreng tenggelam dengan minyak yang banyak. Terdiri daripada sayuran, daging dan juga makanan laut.
Di My Lok Lok, mereka juga menyediakan aneka steamboat yang boleh kita pilih dari bahagian makanan laut, makanan laut goreng dan juga sayuran.
Yang paling best, My Lok Lok menyajikan kuah yang unik seperti tomyam, miso, sup sate celup dan sup buttermilk! Pilih makanan pula korang boleh pilih sama ada satu-satu cocok atau set dua ke tiga orang makan.
Menu
1. Set Seafood (RM108)
Set seafood ini terdiri daripada makanan laut yang fresh seperti udang, ketam, kerang, lala, sotong dan sayuran tambahan!
2. Fried Chicken Skin dan Fried Giant Sotong (RM18 – RM30)
Korang juga boleh try diorang punya kulit ayam goreng dan juga sotong goreng yang bersaiz besar. Boleh rasa combination antara makanan rangup, celup pula dalam kuah buttermilk atau kuah kacang sate celup tu.
Review
Rata-rata yang pernah makan di My Lok Lok semua katanya berbaloi dengan harga dan juga juadah yang disediakan di sana. Harga untuk set pula bagi min memang sedikit mahal tetapi dengan portion yang diorang letak tu sangat banyak campur pula dengan seafood yang fresh, sememangnya berbaloi dan puas hati lah orang kata.
📍 Location
My Lok Lok,
63, Jalan Alor,
Bukit Bintang,
50200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Business Hour: 4PM – 3.30AM
Phone: 010 211 4678
Instagram: https://www.instagram.com/myloklok_/