Sempena Hari Wanita Sedunia, min nak share 3 orang food influencer wanita yang popular kat Malaysia sekarang. Mana tak nya, rakyat Malaysia kan memang suka makan. Semua influencer-influencer makanan ni dah berjaya memenangi hati netizen dengan konten-konten makanan diorang yang sangat informatif dan menghiburkan. Tapi wanita-wanita hebat yang min nak highlight ni memang superwoman dan berjaya menjadikan tiga platform berbeza sebagai karier influencer diorang dan memberi manfaat kepada hidup orang. Bukan setakat pandai masak, tetapi juga educated dan berwibawa.
Antara 5 food influencer yang famous di Malaysia ialah:
Ume Azhar (TikTok: 775k followers)
Kalau korang selalu skrol kat TikTok mesti kenal Ume Azhar atau lebih dikenali dengan ID TikTok beliau, UmeCikin. Gadis yang berasal dari Tangkak, Johor ni tak padan dengan saiz, mulut dia cukup petah berceloteh dalam video sambil memasak. Video dia ni memang akan buat korang gelak kalau dengar dia membebel pasal kucing dia la, rumah la. Terhibur! Kalau nak tahu, Ume ni ada lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Robotik dan Automasi dari Universiti Teknikal Melaka (UTeM) tau. Dari robotik jadi food influencer dengan 755 ribu followers di tiktok. Sekarang, dah jadi usahawan makanan pulak. Macam Khairulaming dengan sambal nyet dia, Ume menjual acar ikan masin yang memang sedap habis la. Korang kena try!
Azie Kitchen (Blog: 172 juta pelawat)
Azie Kitchen atau nama sebenar beliau Haziah Jaya ni memang tidak asing lagi dalam dunia masakan. Kalau zaman sekarang influencer dah ada platform pelbagai, Azie mulakan kerjaya sebagai influencer melalui blog pada tahun 2011. Wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ni mula dengan share resepi-resepi lokal di negeri Kelantan seperti nasi kerabu, lompat tikam dan ketupat sotong. Sekarang 12 tahun kemudian, blog beliah dah mencecah 172 juta pengunjung dan ada 100 ribu followers di Facebook dan Instagram. Kat YouTube pulak dah ada 20 ribu subscribers. Memang legend!
Che Nom (YouTube: 1 juta subscribers)
Ni kalau tak kenal legend ni, min tak tahulah. Che Nom ni terkenal dengan video memasak dia yang korang boleh nampak tangan dia je. YouTuber Che Nom atau nama sebenar beliau Normah Bakar memang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan visual dia yang sangat jelas dan informatif, senang orang yang baru nak belajar masak untuk follow. Che Nom ni graduan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Pengkomputeran Matematik dan mula menceburi arena YouTube ni sejak tahun 2012 lagi selepas menamatkan kerjaya beliau sebagai jurutera. Dah lah pandai masak, educated pulak tu! Kalau korang nak tahu Che Nom punya YouTube channel baru mencecah 1 juta subscribers tau! Bukan senang nak cecah tahap tu so memang min respek habis kat Che Nom. Dah bolehlah dia letak Gold Play Button sebelah Silver Play Button dia. Lepas ni, bolehlah nak aim Diamond Play Button pulak.
Memang betul, women can do it all! So, bolehlah wanita-wanita hebat ni jadi inspirasi korang dengan konten diorang yang sentiasa berkualiti tinggi. Konten diorang bukan setakat menghiburkan tapi memang membantu ramai orang yang nak belajar memasak. Min nak tahu jugak, antara influencer-influencer di atas, yang mana yang paling korang suka?
Sempena Hari Wanita Sedunia ni, jangan lupa ceriakan hari anda dengan promosi-promosi hebat.
Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.