Manisan Kayangan Santapan Istana, Puding Raja

You are currently viewing Manisan Kayangan Santapan Istana, Puding Raja

Ada satu manisan yang sangat popular di kalangan penduduk Pahang yang dipanggil Puding Raja. Puding Raja ini adalah makanan yang dihidang kepada raja dan hanya ada di istana suatu ketika dahulu, begitulah nama manisan ini tercipta. Kalau korang tak pernah nampak Puding Raja ni mesti tertanya-tanya macam mana rupa manisan kayangan ini kan?

Puding Raja manisan tradisi Pahang. Sumber: pinterest

Kaya dengan rasa lemak manis

Puding Raja ini manisan yang simple je sebenarnya dengan pisang lemak manis dan dimakan bersama kuah kastard yang pekat berkrim. Ada juga yang guna pisang lain tetapi lagi sedap kalau pisang lemak manis digunakan. Antara bahan penting puding ini ialah Jala emas (dibuat dari kuning telur yang dijala dalam air gula mendidih), prune, cherry, kacang gajus. Kuah kastard menjadi pelengkap manisan ini dan biasanya lagi sedap dimakan sejuk. 

Hanya dalam Istana?

Asalnya memang manisan ini hanya ada di istana dan hanya disediakan untuk santapan para penghuni Istana. Namun sejak tahun 1990, ia mula meluas dan popular di kalangan rakyat biasa kerana kelazatannya. Semenjak itu Puding Raja ni mula dijual kepada rakyat biasa dan boleh didapatkan di restoran atau gerai gerai tepi jalan di Pekan. Sekarang dah senang nak dapatkan Puding Raja ni, maklumlah makanan yang sedap haruslah dikongsi bersama, kan? 

Lemak manis dan berkrim kegemaran ramai. sumber: mingguanwanita.com

Di Pekan atau bandar bandar lain di Pahang, ianya sudah menjadi kebiasaan untuk menghidang manisan ini apabila tiba musim perayaan atau di majlis majlis perkahwinan. Walau sudah beratus tahun kewujudan, Puding Raja masih tidak mati dikalangan manisan tradisional kegemaran rakyat.

Dulu dulu, suri rumah Melayu rajin membuat manisan Puding Raja untuk suami atau keluarga sebagai makanan istimewa untuk minum petang mereka, terutama pada hujung minggu. Sekarang memandangkan orang ramai tidak lagi mempunyai masa untuk berada di dapur, cara paling mudah untuk rasa Puding Raja istimewa ini adalah dengan hanya membelinya daripada penjual jalanan. Korang pernah cuba Puding Raja?

Comments