Asal Usul Budaya Kopitiam yang Masih Hidup Sampai Sekarang

You are currently viewing Asal Usul Budaya Kopitiam yang Masih Hidup Sampai Sekarang

Kopi, roti bakar dan telur separuh masak. Kalau teringin nak sarapan dengan semua tu, kita mesti dah tahu kat mana nak pergi, kan? Ya, kopitiam la tempat yang hidang sarapan-sarapn klasik ni. Ramai yang tak tahu dari mana datangnya budaya kopitiam ni, memang asal dari Tanah Melayu ke, atau di ambil dari budaya asing?

Kopitiam lama. Sumber: penangfoodie.com

Kopitiam sebenarnya dari gabungan Kopi Tiam iaitu Kopi asalnya perkataan melayu dan Tiam, dialek Hokkien yang bermaksud kedai. Haa, skarang baru korang tahu kan, hehe min pun baru tahu ni gais. Kalau ikut cerita sejarah, kopitiam ni diperkenalkan dari golongan Hainan dari Pulau Hainan di selatan China.

Golongan ini pula katanya antara kumpulan dialek Cina yang lewat hijrah ke Asia Tenggara pada tahun 1850-an. Pada masa itu pulak, golongan Cina dialek lain seperti Hokkien, Cantonese & Teochew dah memang ada di Tanah Melayu kerana mereka tiba lebih awal dan dah berkecimpung dalam bidang pertanian & perdagangan.

Pengasas kopitiam adalah golongan Hailam. Sumber: google

Disebabkan itu, migran Hailam terpaksalah mencari pekerjaan lain seperti tukang masak, pelayan kedai makan atau orang gaji di hotel, restoran, kedai roti dan juga sebagai orang gaji di rumah orang orang kaya Eropah dan Peranakan. Berbekalkan pengalaman bekerja dengan orang Eropah dan juga di hotel, orang Hailam ini membuka kopitiam mereka sendiri.

Kopi legend di kopitiam. Sumber: google

Seperti yang min dah bagitau kat atas darimana gabungan nama kopitiam datang jadi kopitiam membawa maksud Kedai Kopi tau. Kopitiam tradisional ni memang diusahakan oleh keluarga golongan Hailam dan diwarisi dari generasi ke generasi. Sehingga tahun 1960-an, lebih kurang 90% kopitiam di Malaysia diusahakan oleh orang keturunan Hailam tau, masa ni tak ada kopitiam dari golongan Melayu lagi.

Menu menu klasik. Sumber: google

Namun, zaman sekarang ni kopitiam dah tak banyak, diganti dengan kafe-kafe aestetik alaf baru yang disukai golongan muda. Sayang lah kalau budaya kopitiam ni mati begitu je, mana nak cari tempat lepak dengan sarapan kopi pekat dan roti bakar telur goyang.

Lokasi

Bee Hwa Cafe

10, Lebuh Dickens, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang