Top 5 Buffet Berbuka Puasa di Kuala Lumpur

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing Top 5 Buffet Berbuka Puasa di Kuala Lumpur

Ramadan dah nak sampai guys! Oleh itu, hari ni min nak cerita tentang pelbagai tempat untuk korang survey kalau korang nak buka puasa dekat buffet area KL. Ada banyak tempat yang korang boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet korang. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca sampai habis!

1. Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Sumber: Tripadvisor

Nikmati pelbagai makanan klasik Malaysia dalam salah satu tempat popular untuk berbuka di Kuala Lumpur, Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral! Mereka menghidang buffet setiap hari dengan hidangan autentik Malaysia, so korang bolehlah berbuka sini dengan teman-teman korang dengan banyak pilihan.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/oeghYVCFJgLR8Tv38

2. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Sumber: Tripadvisor

Grand Hyatt merupakan salah satu restaurant yang paling cantik di KL. Tengok je gambar mesti korang dah tahu kenapa! Nikmati pelbagai hidangan tradisional Malaysia sambil menjamu permandangan cantik KL di tingkat 38. Mesti korang takkan lupa pengalaman ni!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/wJQWeV7iSaj8W6HB6

3. Silka Cheras Kuala Lumpur

Sumber: IndiaTimes, Silka Hotels

Silka Cheras mempunyai buffet ramadan yang agak berbaloi kalau korang tengah cari buffet yang agak berpatutan. Terletak seberang Taman Connaught MRT Station, tempat ni mudah untuk pergi untuk menjamu selera berbuka puasa!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/t4YAU1i4ajqyVHkU7

4. SPICES, Furama Bukit Bintang

Sumber: Eatigo, Booking.com

Nikmati pelbagai makanan tradisional dan western menyelerakan di SPICES di tempat besar, moden dan selesa! Terletak di Bukit Bintang, ini juga sebuah option yang korang boleh pilih kalau korang nak try makanan western juga.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/QPqSFDBZVtT4V9caA

5. Lemon Garden Cafe, Shangri-La Hotel

Sumber: Klook, Shangri-La FB

Lemon Garden Cafe ni menarik kerana meraka ada hidangan pelbagai makanan laut, daripada lobster ke tiram US! Sedap! Kalau korang ada teringin nak berbuka puasa dengan makanan laut berlambak, tempat ni must try!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/j4v6sNzLZeYV9gQ98

Artikel oleh Farzana Iwani