Top 20 Restoran Terbaik di Cyberjaya & Putrajaya

You are currently viewing Top 20 Restoran Terbaik di Cyberjaya & Putrajaya

1. Ikhwan Delights Putrajaya

Pernah datang sini tak? Sini tempat berbuka yang sesuai untuk korang bawa keluarga atau kawan-kawan merasai hidangan yang sedap di Putrajaya. Ada pelbagai menu kat sini. Moden, tradisional, oriental, dan barat. Tinggal pilih je. Datang dulu, baru repeat.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/9Ysh9rS5xPZNgU9G8

📍Alamat: 103, Jln Diplomatik, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Facebook: https://www.facebook.com/IkhwanDelightsPutrajaya/

☎️Phone: 011 6083 8630

2. Amazing Steamboat & Grill

Kalau korang sukakan steamboat atau stail buffet, boleh cuba makan kat Amazing Steamboat & Grill ni. Banyak promosi dan pilihan steamboat yang menarik. Sesuai juga kalau korang terasa nak buat event makan-makan dalam skala besar kat sini, contohnya macam birthday party ke nak berbuka puasa beramai-ramai ke makan dengan kawan-kawan pejabat ke. Cuba dulu, nanti confirm datang lagi!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/y42bd1SwjE7Bgu866

📍Alamat: 1-G-01 & 1-G-02, Block 1, Star Central Corporate Office, Lingkaran Cyber Point Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor

📲Facebook: https://web.facebook.com/profile.php?id=61553500090550

📲Instagram: https://www.instagram.com/amazingsteamboatandgrill/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/discover/amazing-steamboat-and-grill-cyberjaya

☎️Phone: 012 362 1164

3. 10gram Ayer8 Putrajaya

Zaman sekarang ni dah banyak kafe-kafe hipster yang muncul, termasuk 10gram cawangan Ayer8 Putrajaya ni. Cantik kan reka bentuk hiasan dalaman kafe ni. Korang yang minat ‘cafe hopping’ tu, masukkan tempat ni dalam senarai tempat makan yang wajib korang datang tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/VqGtzUCiGWZaRf3n8

📍Alamat: A1-G-01, Ayer@8, Jalan P8E2/10, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Website: https://www.10gramgourmet.com/

📲Facebook: https://www.facebook.com/10gramcafe/

📲Instagram: https://www.instagram.com/10gramgourmet/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@10gramofficial

☎️Phone: 018 288 9280

4. Restoran Tok Wan Grill

Tempat berbuka puasa - Restoran Tok Wan Grill
Sumber: FB Restoran Tok Wan Grill

Min nak beritahu ada satu restoran best untuk penggemar makanan western. Restoran Tok Wan Grill ni antara kedai makan grill terbaik di Putrajaya. Set makanan dia ada yang besar-besar jadi sesuailah untuk korang yang nak makan beramai-ramai tu. Korang hanya perlu pilih je berdasarkan kemuatan perut korang. Datang sini jom!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/u11ng3dFxbk8WH86A

📍Alamat: No.12, Jln Jati Bukit P11/25, Presint 11, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Facebook: https://www.facebook.com/tokwangrillputrajaya/

📲Instagram: https://www.instagram.com/tokwans_/

☎️Phone: 019 649 9636

5. Shell Out® Putrajaya

Tempat berbuka puasa - Shell Out Putrajaya
Sumber: Fara Ghazali

Korang suka makan seafood? Apa kata ajak keluarga, kawan-kawan datang sini. Makan shell out ramai-ramai baru lah best kan! Untuk pengetahuan korang, kualiti hidangan shell out yang menyelerakan tidak hanya bergantung kepada makanan laut, tetapi juga kepada sos yang digunakan. Bukan setakat makanan sahaja, tapi korang juga boleh menikmati pemandangan tasik Putrajaya sambil menikmati juadah. Ayuh korang!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/Y6rz5aiXQGVZfARZ6

📍Alamat: C1-G-3A, Ayer @ 8, Jalan P8G Presint 8, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Website: https://shellout.com.my/

📲Facebook: https://www.facebook.com/ShelloutAyer8/

📲Instagram: https://www.instagram.com/shellout/

☎️Phone: 016 275 4616

6. Restoran Mohd Chan Putrajaya

Tempat berbuka puasa - Restoran Mohd Chan
Sumber: Mohd Chan website

Ke korang nak makan masakan cina? Min ada beberapa tempat best nak cadang ni. Korang tinggal pilih je. Pertama sekali, korang mesti singgah di Restoran Mohd Chan ni. Percaya tak kalau Min cakap cawangan Putrajaya ni adalah cawangan ke-16 yang berjaya dibuka oleh restoran ni? Hebat kan! Tak percaya lagi, boleh klik link website di bawah ni.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/CaYUDmXxtmbfk1BV6

📍Alamat: 58 & 60, Tingkat Bawah, Lot Komersil, Nadi @ 15, Jalan Perak P15, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Website: https://www.mohdchan.com.my/

📲Facebook: https://www.facebook.com/mohdchanmyputrajaya/

📲Instagram: https://www.instagram.com/stories/mohdchanmy/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@mohdchanmy/

☎️Phone: 012 414 8001

7. Giggles & Geeks

Korang! Pernah makan sini tak? Giggles & Geeks menawarkan makanan western dan fusion lokal yang berkualiti. Min yakin korang mesti akan puas hati lepas makan sini. Min cadangkan korang order Crispy Squid dan menu pasta. Selain itu, tempat ni memang menarik dengan hiasannya yang cantik dan suasana macam di hotel. Memang luas dan selesa lah Giggles & Geeks ni. Servis dia pun tip-top. Korang mesti datang sini tau nanti.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/EauAtDWGGqojxxnTA

📍Alamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor.

📲Website: https://www.gigglesgeeks.com/

📲Facebook: https://www.facebook.com/gigglesgeeks/

📲Instagram: https://www.instagram.com/gigglesngeeks/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@gigglesngeeks

☎️Phone: 019 845 0418

8. Restoran That’s Dumpling

Tempat berbuka puasa - Restoran That’s Dumpling
Sumber: D.Fazil

Bila tengok nama restoran pun dah tahu menu apa yang best kat sini. Mesti lah dumpling kan. Min pun suka makan dumpling. Kalau ada kesempatan, kita boleh makan dumpling sama-sama kat sini. Yang pasti korang yang kena belanja! Min gurau je.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/Cn1hy9bRfbBQEP3t8

📍Alamat: No. 67GA, Ground floor, Jln Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Thats-Dumpling-100088371848820/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@thatsdumplingofficial

☎️Phone: 03 8861 3841

9. MyViets Putrajaya

Tempat berbuka puasa - MyViets Putrajaya
Sumber: Y E S

My Viets bukanlah restoran Vietnam biasa-biasa. Korang yang tak pernah pergi Vietnam pun boleh merasa masakan sebenar Vietnam kat sini. Mesti puas hati untuk pertama kali mencuba. Untuk masakan Vietnam ni, menu paling wajib korang mesti cuba ialah Pho Bo, atau nama lainnya, Beef Noodle Soup. Sekali makan, boleh terbawa mimpi!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/HMNobub35H7Hp6bL9

📍Alamat: C2-G-1, Ayer@8 Jalan P8G, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Website: https://myviets.com.my/

📲Facebook: https://www.facebook.com/MyViets/

📲Instagram: https://www.instagram.com/myviets_my/

☎️Phone: 013 811 4469

10. Dilana Tandoor Putrajaya

Nak berbuka dengan juadah Arab/Parsi? Datang la sini. Negara Arab/Parsi tidak hanya terkenal dengan keindahan alam semulajadi, tetapi juga dengan kepelbagaian hidangan tradisional yang sedap dan unik. Sebut je nak makan apa. Pulao? Biryani? Kebab? Lamb shank? Roti naan berkeju? Cepat masukkan Dilana Tandoor ni dalam wishlist korang!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/Qdh7eji7aasV9nFJ7

📍Alamat: 46, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Website: https://www.dilanatandoor.com.my/

📲Facebook: https://www.facebook.com/dilanatandoor/

📲Instagram: https://www.instagram.com/dilanatandoor

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@dilanatandoor

☎️Phone: 017 700 9964

11. Balqis Restaurant

Tempat berbuka puasa - Balqis Restaurant
Sumber: I’m Khan

Sabar dulu korang. Min belum habis cerita lagi ni. Ada satu restoran ni menyediakan sajian Arab Yaman. Nama restoran pun diambil berdasarkan nama Ratu Balqis. Nak rasa makanan sebenar Arab Yaman? Korang singgah sini je.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/c5ZjtSE2zdiY221p9

📍Alamat: Lot G-08, Shaftsbury Avenue, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Website: https://balqis.net/

📲Facebook: https://www.facebook.com/balqis.malaysia/

📲Instagram: https://www.instagram.com/balqis_malaysia/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@balqisrestaurant

☎️Phone: 03 8213 0171

12. Thai Tomyam Kung

Tempat berbuka puasa - Thai Tomyam Kung
Sumber: Mahamahu

Mesti korang pening kan nak pilih restoran mana? Abah tak suka masakan Arab, Mak pula tak minat masakan cina. Macam mana korang nak tentukan ni? Min cadang yang ni je lah. Pasti semua orang suka. Siapa je yang tak makan Tomyam kan. Ayuh berbuka di Thai Tomyam Kung! Kap khun krap!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/PPE3akteBKYRjQrx6

📍Alamat: Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Facebook: https://www.facebook.com/thai.tomyamkung/

📲Instagram: https://www.instagram.com/restoranthaitomyamkung/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@thaitomyamkung

☎️Phone: 017 690 5762

13. Restoran Dapur Jiran

Kalau korang suka makan masakan jiran sebelah, ini restoran terbaik untuk korang. Restoran dapur jiran! Mana tahu tukang masak restoran ni sebenarnya jiran rumah korang. Min gurau je. Nanti korang singgah tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/NAXivTAJcqijEAKD8

📍Alamat: No.8, Jalan P9g/7, Presint 9, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Restoran-Dapur-Jiran-100093386652622/

📲Instagram: https://www.instagram.com/restorandapurjiran

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@restorandapurjiran

☎️Phone: 016 483 7339

14. Bangkok Pintho Cafe

Tempat berbuka puasa - Bangkok Pintho Cafe
Sumber: Khairul Amin

Dari dapur jiran, terus sampai Bangkok ya korang cari makanan. Nah, Min ‘payung’ nama kedai untuk korang berbuka nanti.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/iCwkdxnpvjsZ6TJRA

📍Alamat: Unit 4UG Menara Pjh, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Facebook: https://www.facebook.com/bangkokpinto/

📲Instagram: https://www.instagram.com/bangkokpinthocafe/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@bangkokpinthocafe

☎️Phone: 013 333 9089

15. Dayang Sarawak Corner Cafe

Tempat berbuka puasa - Dayang Sarawak Corner Cafe
Sumber: Raw to Ace

Nak makan masakan Sarawak tapi terlepas flight? Korang singgah sini je nanti. Bila sebut Sarawak, mesti teringat mi kolok kan. Korang boleh pilih nak mi kolok ayam/daging/udang/campur. Yang pasti, wajib cuba!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/3NmcHVsCD9GKbcMc8

📍Alamat: No 4, Jalan Perak, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Dayang-Sarawak-Corner-Cafe-100063569533889/

📲Instagram: https://www.instagram.com/dayangsarawakcornercafe/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@dayangsarawakcorner

☎️Phone: 010 369 7322

16. Nelayan Kitchen

Korang okay tak lagi tu? Min ada satu lagi restoran terbaik untuk korang kunjungi. Kat sini terkenal dengan menu Patin Tempoyak dan Kari Kepala Ikan. Kalau korang nak tahu, resipi yang digunakan ni adalah resipi tiga generasi yang diwarisi oleh insan yang dilahirkan di negeri Pahang. Menarik kan? Datang lah sini untuk mencuba keenakan resipi turun-temurun ni.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/wukkhKpX5Lcm8cYx8

📍Alamat: Ayer@8, C1-G-5, Kompleks Perniagaan, Jalan P8G1, Presint 8, 62100, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📲Facebook: https://www.facebook.com/nelayankitchen4u/

📲Instagram: https://www.instagram.com/nelayankitchen4u/

📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@nelayankitchenayer8

☎️Phone: 011 1632 7717

17. Restoran Santapan Cafe

santapan cafe
Sumber: FB Restoran Santapan Cafe

Bagi korang yang mencari tempat breakfast menarik di Cyberjaya, bolehlah singgah di Santapan Cafe. Dekat sini korang kena try ‘Roti Sarang Mac & Cheese’, nampak macam pelik tapi sumpah sedap! Masukkan dalam senarai restoran yang korang wajib cuba sekarang!

🗺️Google Map: https://g.co/kgs/eGFfsKt

📍Alamat: 4811-0-47 & 48, CBD Perdana 2, Persiaran Flora, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.

📲Facebook: https://web.facebook.com/profile.php?id=100076503376697

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@santapancafecyberjaya

☎️Phone: 018 973 2495

18. Kocha Lala

kocha lala
Sumber: Google

Kalau korang gemarkan selera masakan kampung, jom singgah makan di Kocha Lala! Boleh cuba ikan jenahak dan daun kayu masak tempoyak, memang slurpp sebab kuah pekat! Selain itu, ada juga lempeng kelapa yang dicicah dengan sambal ikan bilis. Oh, dan selera Johor pun ada macam kacang pool, mee bandung Muar dan mee kari. Memang menarik tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/DhjwdSytwa6pypev6

📍Alamat: D2-03-10A TAMARIND SQUARE, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.

📲Facebook: https://web.facebook.com/profile.php?id=100083533204496

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@kochalala

☎️Phone: 011 2774 9029

19. Ay Cinta Cafe

ay cinta cafe
Sumber: Google

Nak cuba tempat best dating dengan kekasih, korang boleh pergi sini hehe. Tengok dekorasi dalam kedai pun dah boleh teka apa jenis makanan yang dijual kat sini. Banyak pilihan pencuci mulut yang menggiurkan korang boleh cuba tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/WmmM6quTZ1UkGJkV9

📍Alamat: Block F, No. 2-G, Jln GC 3, GLOMAC, 63200 Cyberjaya, Selangor.

📲Facebook: https://web.facebook.com/Aycafe2021

☎️Phone: 011 6262 1908

20. The India Gate Restaurant Cyberjaya

the india gate restaurant cyberjaya
Sumber: FB The India Gate Restaurant Cyberjaya

Makanan cina sudah, makanan arab sudah, masakan kampung sudah, masakan western pun sudah. Sekarang, kita beralih pula pada citarasa masakan india di Cyberjaya. Jangan risau! Restoran ni halal dan muslim-friendly tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/ic47nMVWtzCfUDCR6

📍Alamat: P1-17, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor.

📲Facebook: https://web.facebook.com/TheIndiagateResstaurant

☎️Phone: 018 351 5974

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan

Leave a Reply