Top 15 Tempat Moreh Berdekatan Masjid di KL/Selangor

You are currently viewing Top 15 Tempat Moreh Berdekatan Masjid di KL/Selangor

Tahun 2024 ni korang moreh dekat mana sepanjang Ramadan ni? Kalau korang masih tak tahu nak moreh di mana, jom lah teman Min moreh. Min nak kongsikan 15 tempat best yang berdekatan dengan masjid di kawasan KL dan Selangor. Ayuh ikut Min!

1. 118 Grinder (Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju)

Tak pasti nak moreh kat mana masa bulan puasa ni. Jom lepak moreh sampai 1 pagi di 118 Grinder!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/U4HkjvUp6AVJ3w3H7

📍Alamat: No 65, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa maju, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Instagram: https://www.instagram.com/118grinder/

☎️Phone: 013 233 3997

2. Overtime cafe (Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar)

Korang yang takde OT sepanjang bulan Ramadan ni mesti rasa bersyukur kan. Syukur sebab boleh solat terawih di masjid. Kalau korang terawih di Masjid Al-Hidayah, apa kata korang sambung OT di Overtime Cafe? Yang pasti bukan OT kerja tapi OT dengan aktiviti-aktiviti menarik tau! Nak tahu lebih lanjut, boleh klik Instagram Overtime Cafe ya.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/aXE1du13PkQ2Xf6N6

📍Alamat: A1-1, Sentul Point, 8, Jln Sentul Pasar, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Facebook: https://www.facebook.com/overtime.my/

📲Instagram: https://www.instagram.com/overtime.my/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@overtime.my

☎️Phone: 019 229 8606

3. Whatever Works Coffee (Masjid Al-Akram Datuk Keramat)

Kalau korang nak rasa vibe moreh kat rumah, korang singgah je Whatever Works Coffee ni. Kafe ni dibangunkan di dalam rumah banglo dengan hiasan dalaman yang berkonsepkan Bali. Menarik kan? Boleh lah korang singgah selepas terawih di Masjid Al-Akram Datuk Keramat nanti.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/GiFHGr65hdF8Q5yj9

📍Alamat: No 28, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Instagram: https://www.instagram.com/wwcoffee.co/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@whateverworkscoffee

☎️Phone: 012 253 0132 / 016 631 8683

4. D’Luboq cafe (Masjid UTM Kuala Lumpur)

Salam Ramadan korang! Jom singgah D’Luboq cafe. Sini korang boleh lepak sampai pukul 12 malam tau!.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/4YYtANckevgf4RtK7

📍Alamat: No 2, Jalan Gurney, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Facebook: https://www.facebook.com/dluboqcafe/

📲Instagram: https://www.instagram.com/dluboqcafe/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@dluboqcafe

☎️Phone: 03 2602 1049

5. Ace Cafe Kuala Lumpur (Masjid Jamek Kampung Baru)

Korang yang datang dari Masjid Jamek Kampung Baru boleh datang singgah Ace Cafe Kuala Lumpur. Lagi-lagi yang minat motosikal, boleh berkumpul untuk moreh di sini!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/bifGBf7Hr8aG3ck68

📍Alamat: No 21, Ace Corner KL, Lot 359, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Website: https://www.acecafekualalumpur.com.my/

📲Facebook: https://www.facebook.com/acecafekualalumpur/

📲Instagram: https://www.instagram.com/acecafekualalumpur_official/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@acecafekualalumpur

☎️Phone: 03 2602 9880

6. Kopi saigon setapak (Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai)

Korang nak tahu tak? Saigon ni dulunya nama lama ibu negara Vietnam, tapi sekarang orang dah panggil Ho Chi Minh. Jadi, kafe ini menggunakan nama Kopi Saigon untuk perkenalkan Kopi Vietnam kepada masyarakat Malaysia. Nanti korang datang la sini. Selain dapat nikmat terawih, korang boleh dapat nikmat ‘Tersaigonisasi’ di kafe ini!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/TLUF6cphKjxwJKy68

📍Alamat: Lot 2-G-11, Ground Floor, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Website: https://kopisaigon.com/

📲Facebook: https://www.facebook.com/kopisaigon.hq/

📲Instagram: https://www.instagram.com/kopisaigon_setapak/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@kopisaigonsetapak

☎️Phone: 019 777 1207

7. MOJ Cafe (Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Taman Sri Rampai)

Jom moreh sambil healing di MOJ Cafe sepanjang bulan Ramadan ni. Senang je, korang bawa kerusi healing korang dan nikmati diskaun RM2 dengan setiap pembelian RM15 ke atas. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik link Instagram MOJ Cafe!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/8QLWNELcgkvJqqLG8

📍Alamat: G-09 Residensi Lexa No 45, Jalan Wangsa, Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

📲Facebook: https://www.facebook.com/mojcafe.official/

📲Instagram: https://www.instagram.com/mojcafe.official/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@mojcafe.official

☎️Phone: 019 661 9111

8. Randevú Coffee @ Wangsa Maju (Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju)

Korang mesti belum pernah pergi kafe ni kan? Kafe ni dibuka pada Oktober tahun 2023 oleh usahawan muda yang menceburi bidang bisnes kopi. Yang menariknya, korang nak santai kat sini sampai pukul 3 pagi pun tak mengapa tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/NTVR9nXJeJCPGmmBA

📍Alamat: No 37, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Instagram: https://www.instagram.com/randevucoffee/

☎️Phone: 012 893 5701

9. Wolf & Turtle Coffee @ Bukit Tunku (Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Serigala dan penyu pun minum kopi ke? Jom moreh di Wolf & Turtle Coffee Bukit Tunku!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/g2hunqjGZyDRJyBo6

📍Alamat: K2, The Stories of Taman Tunku, Jalan Langgak Tunku 50480, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Facebook: https://www.facebook.com/wolfandturtlecoffee/

📲Instagram: https://www.instagram.com/wolfandturtlecoffee/

☎️Phone: 03 6211 2202

10. Oh Apong (Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya)

Oh Apong ni kedai aiskrim tempatan yang terkenal dengan aiskrim lembut gula apong dan kopi. Korang yang nak moreh dengan aiskrim tu mesti datang sini tau! Sekali rasa pasti terapong-apong. Oh Apong juga ada tawaran menarik sepanjang Ramadan ni. Korang boleh nikmati secawan teh tarik secara PERCUMA kat sini. Nak tahu apa lagi yang menarik? Korang tekan je link Instagram yang Min sediakan.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/1HwS5MHvxTEJtqGt8

📍Alamat: F01-03 Emporis, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Oh-Apong-100066381142725/

📲Instagram: https://www.instagram.com/ohapong/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@ohapong

☎️Phone: 03 7612 4690

11. Groovitiam (Masjid At-Taqwa TTDI)

groovitiam colek
Sumber: Instagram Groovitiam

Menu istimewa bulan Ramadan di Groovitiam ni ada Colek. Bila lagi nak dapat kan. Jom moreh sini!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/19oTvxvmLKvCvMwG8

📍Alamat: No 1, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Instagram: https://www.instagram.com/groovitiam/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@groovitiam

☎️Phone: 012 319 8550

12. Chendana Home (Masjid Amru Ibni Al’-As Sentul, Bandar Baru Sentul)

Chendana Home Cafe ni sangat sesuai untuk korang lepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Suasana tenang dengan hiasan rumah yang penuh berseni dan susunan rotan buat tempat ni lagi best tau! Korang akan rasa selesa macam kat rumah bila bermoreh di sini.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/bbAVuVG64eGxYnBA6

📍Alamat: No 80A, Jalan Kuantan, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Chendana-Home-Cafe-100083373277312/

📲Instagram: https://www.instagram.com/chendanahc/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@chendanahomecafe

☎️Phone: 014 345 4399

13. Kedey Kamek TTDI (Masjid At-Taqwa TTDI)

Korang nak cari nasi goreng untuk moreh? Jom datang Kedey Kamek di TTDI. Sedap makan panas-panas. Min pun terliur ni. Sempat lagi nak makan nasi goreng sebelum pukul 2 pagi.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/KXRL92VUqZasV6qeA

📍Alamat: No 18, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

📲Facebook: https://www.facebook.com/OfficialKedeyKamek/

📲Instagram: https://www.instagram.com/kedeykamek/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@kedeykamek_

☎️Phone: 019 547 5040

14. Mr. Steak Seksyen 13 (Masjid Al-Ikhlas, Shah Alam)

Korang nampak tak apa yang Min nampak? Menarik betul menu platter di Mr. Steak ni. Memang kena lah dengan tekak fast food korang. Pilih je nak Set A, B atau C. Boleh moreh ramai-ramai dengan satu harga!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/HemwW9qpexTP2Ykh9

📍Alamat: G.07, Blok 2, Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

📲Website: https://mrsteak.my/

📲Facebook: https://www.facebook.com/mrsteakofficial/

📲Instagram: https://www.instagram.com/mrsteakofficial/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@mrsteak_official

☎️Phone: 016 723 1970

15. Kopitiam 143 @ Liberty Arc (Masjid Jamiul-Huda, Ampang)

Min ada satu lagi tempat untuk korang bermoreh. Yang menariknya di Kopitiam 143 @ Liberty Arc ni, korang boleh makan menu celup tepung dari pantai Timur! Ada 2 pilihan set tau korang. Set Ganu dan Set Klate. Mari pilih-pilih!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/TMWTDHqTkSSLWXbT7

📍Alamat: B3-8Arc@Ampang Ukay Persiaran Ampang Ukay, 68000 Ampang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Kopitiam-143-100083065665672/

📲Instagram: https://www.instagram.com/kopitiam143_/

☎️Phone: 018 299 4230

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply