Top 15 Tempat Berbuka Puasa Terbaik di Sepang

You are currently viewing Top 15 Tempat Berbuka Puasa Terbaik di Sepang

Hai korang. Okay ke hari pertama puasa? Hari kedua ni korang dah ada perancangan untuk berbuka di mana ke belum tu. Min macam biasa lah, selalu je ada tempat menarik yang Min nak kongsikan di sini. Kali ini kita singgah makan di Sepang pulak. Jom tengok ada apa di Sepang!

1. MAKAN @ Tune Hotel KLIA-KLIA2

Korang boleh berbuka puasa bersama orang tersayang pada Ramadan ini di Tune Hotel KLIA-KLIA2 dengan Bufet Ramadan Selera Kampung. Nikmati hidangan terbaik masakan tradisional hanya di MAKAN @ Tune Hotel KLIA-KLIA2. Bufet Ramadan ni bakal tersedia mulai 15 Mac hingga 7 April 2023 tau! Letak dalam kalendar siap-siap ya. Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/UW4iwFhNuHTn312K8

📍Alamat: Lot PT13, Jln Klia 2/2, 64000 Sepang, Selangor.

📲Website: https://www.tunehotels.com/makanandminum/

📲Facebook: https://www.facebook.com/THAeropolis/

📲Instagram: https://www.instagram.com/tunehotels/

☎️Phone: 03 8787 1726

2. Yatai @ Tune Aeropolis

Jika korang sedang mencari makanan Jepun untuk juadah berbuka puasa, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Tune Aeropolis, di mana terdapat Yatai, sebuah restoran yang menyajikan bufet ala carte Selera Jepun. Korang boleh menikmati hidangan Jepun seperti Nabe, Robatayaki, Agemono, Teppanyaki, Udon, Maki dan Donburi tanpa batasan untuk hanya RM70++ setiap orang tau! Apa tunggu lagi? Jom singgah sini sepanjang 10 Mac hingga 8 April! Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/6PeY2HG2L94kp6Mo9

📍Alamat: Lot PT29, Jalan Klia S4, Aeropolis, 64000 Sepang, Selangor.

📲Website: https://www.tunehotels.com/makanandminum/

📲Facebook: https://www.facebook.com/THAeropolis/

📲Instagram: https://www.instagram.com/tunehotels/

☎️Phone: 03 8787 2757

3. PappaGrill Sepangjhny

Korang pernah pergi restoran PappaGrill tak? Ini bukan PappaRich tau. Jangan tertukar pulak ya. PappaGrill ni menyajikan hidangan western seperti pasta, burger, meatball, nachos.. eh banyak pula kalau Min nak senaraikan di sini. Yang menariknya, steak pun ada kat sini. Apa tunggu lagi, jom makan sini!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/VAmo9e64ieN5sUFs6

📍Alamat: No 76, Jalan Warisan Sentral 2, KIP Sentral, Kota Warisan, Sepang, Selangor.

📲Website: https://pappagrill.com/

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/PappaGrill-100089811458816/

📲Instagram: https://www.instagram.com/pappagrillmalaysia/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@pappagrill

☎️Phone: 03 8705 3989

4. Nasi Ayam Mafia

Mesti korang tertanya-tanya mafia mana lah yang buka kedai nasi ayam kat Sepang ni. Mesti korang takut nak singgah kan. Jangan takut tau! Sebab Nasi Ayam Mafia ni sangat terkenal dengan keenakan dan kerangupan menu ayam crispy. Kuantiti pun besar . Pedas pun cukup. Teh Ais pun memang betul-betul Kaw lah. Mesti lepas makan sini nak repeat lagi. Memang padu!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/pFxXFLDRTpYriqya7

📍Alamat: Lot 4588, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

📲Website: https://mafia.com.my/

📲Facebook: https://www.facebook.com/nasi.ayam.mafia/

📲Instagram: https://www.instagram.com/nasi.ayam.mafia/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@nasi.ayam.mafia

☎️Phone: 012 232 4163

5. Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan

Tempat berbuka puasa - Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan
Sumber: Twitter/X

Ayam Bakar, Ikan Talapia Goreng Kipas, Jus Avocado, Jus Durian Belanda, Sambal Mangga, Sambal Hijau, Pisang Keju… terliur tak lepas Min senaraikan menu-menu dia kat sini? Saje je nak test korang. Kalau terliur, korang singgah terus je tau nanti!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/8ZEoxkvA9BBuie8C7

📍Alamat: No 45, Jalan Warisan Sentral 1, Kota Warisan 43900 Sepang, Selangor.

📲Website: https://cibiukkw.com/

📲Facebook: https://www.facebook.com/CibiukKotaWarisan/

📲Instagram: https://www.instagram.com/cibiuk.kotawarisan/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@cibiuk.kotawarisan

☎️Phone: 019 730 1180

6. Restoran Terapung HM Sri Bagan

Tempat berbuka puasa - Restoran Terapung HM Sri Bagan
Sumber: Mikeson Vip

Restoran boleh terapung? Restoran ni terletak di tepi Sungai Pelek tau korang! Makan seafood sambil menikmati pemandangan sungai macam nice kan! Luas pun luas tempat ni. Korang nak bawa tiga keturunan keluarga makan sini pun boleh!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/TDHXgUTbM2Zxe3jT9

📍Alamat: Pantai Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Restoran-Terapung-HM-Sri-Bagan-100063733342440/

📲Instagram: https://www.instagram.com/hmsribagan/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@hmsribagan

☎️Phone: 013 338 5887

7. Linguine Italian & Western Food

Malaysia sekarang macam-macam ada. Restoran ni katanya menyajikan menu sebenar Itali tau. Wah, kalau korang makan kat sini pun dah rasa seperti makan di negara Itali. Memang semua makanan dia sedap lah! Wajib singgah sini untuk juadah berbuka!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/cGJYWWn6PwzyBY588

📍Alamat: No 20, Jalan Saujana KLIA,Taman Saujana KLIA, Sepang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/Linguinee19/

📲Instagram: https://www.instagram.com/linguine_pasta/

☎️Phone: 012 977 9435

8. Farich Food House

Tempat berbuka puasa - Farich Food House
Sumber: Izati Ria

Western food paling berbaloi di Kota Warisan, Sepang? Ha.. jom usha Farich Food House pula. Panjang tau menu western yang ada di kedai ni. Memang banyak pilihan!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/A87KQ5a3WAG9RmVr6

📍Alamat: No 68, Jalan Warisan Megah 1/4, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/farichfoodhouse/

📲Instagram: https://www.instagram.com/farichfoodhouse/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@farich_food_house

☎️Phone: 018 229 5772

9. Western #Grill

Fuh, banyak betul restoran yang menyajikan hidangan western di Sepang ni. Korang sempat tak nak merasa semua ni? Mestilah sempat kan. Puasa kan sebulan.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/S6t8mPqQSqRppTjUA

📍Alamat: Pasar Mini Pakeh, Kampung Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/SedapJanganBagiTahuEmak/

☎️Phone: 017 377 2038

10. Pak Punjab Kota Warisan

Tempat berbuka puasa - Pak Punjab Kota Warisan
Sumber: Kulam Hameed

Dari Eropah ke Asia Selatan, Min bawa korang makan. Tadi Min ajak korang singgah makan di Itali, sekarang kita pergi Pakistan pula. Eh kejap, Min betulkan. Pergi makan di restoran Pakistan di Sepang. Jadi, kalau korang nak makan biryani, kebab, ataupun roti naan, kat sini lah tempatnya!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/hf2qJQCCCKsDpeKB6

📍Alamat: 537, 29, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

📲Website: https://www.pakpunjabrestaurant.com/

📲Instagram: https://www.instagram.com/pakpunjab.kw/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@pakpunjab.kw

☎️Phone: 017 720 5002

11. Rocksixteen Kitchen

Pernah dengar tak menu burger ketam lembut? Kalau tak pernah, korang mesti singgah Rocksixteen Kitchen untuk tempat berbuka bersama keluarga dan kawan-kawan. Char Kuetiau ketam lembut pun ada kat sini. Min tahu ramai yang minat makan char kuetiau. Nanti singgah sini ya!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/aGpwQyw4YLNM6iHbA

📍Alamat: No 30G Jalan Saujana KLIA 1/B, Pusat Perdagangan Saujana KLIA, Kota Warisan 43900 Sepang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Rocksixteen-Kitchen-100047052205879/

📲Instagram: https://www.instagram.com/rocksixteenkitchen/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@rocksixteenkitchen

☎️Phone: 019 691 7675

12. Fatir Briyani House Kota Warisan

Tempat berbuka puasa - Fatir Briyani House Kota Warisan
Sumber: Hamza Loonat

Kalau korang tengah cari tempat berbuka best untuk berkumpul dengan rakan-rakan, Fatir Briyani House Kota Warisan memang pilihan yang terbaik. Untuk peminat restoran mamak, tempat ni wajib repeat tau korang. Makanan di sini memang sedap, dan suasana pun santai je sampai lewat malam. Nanti order roti naan keju tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/cBYF6TWkTzR8vKc29

📍Alamat: No 48, Jalan Warisan Megah 1/4, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Fatir-Briyani-House-100063469736964/

📲Instagram: https://www.instagram.com/fatircateringsdnbhd/

☎️Phone: 019 260 1887

13. Restoran Temolek – Asam Pedas Melaka & Gerang Asam Warisan

Wah, ada asam pedas Melaka di Sepang! Korang dah tahu ke kewujudan restoran ni? Bukan setakat asam pedas je, masakan western pun ada! Menu masakan Melayu ada, menu masakan Barat pun ada. Korang tinggal pilih je tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/NPT29xmQCgrU2FyH9

📍Alamat: No 2, Jalan Warisan Sutera 1, Perdagangan Warisan Sutera, Kota Warisan 43900 Sepang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/temolekasampedas/

📲Instagram: https://www.instagram.com/temolek.official/

☎️Phone: 012 203 3665

14. Restoran Bayu Malam

Tempat berbuka puasa - Restoran Bayu Malam
Sumber: A.M. Liam

Di tirai malam, ditemani sepi kesunyian.. kala bintang berkelipan.. kala bayu berhembusan. Eh maaf korang, Min terlayan lagu pula lepas baca nama Restoran Bayu Malam ni. Apa yang best di restoran ni, korang boleh menjamu selera sambil menikmati bayu laut. Dengar macam santai je kan. Ingat tau berbuka di sini!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/NBzg7u3WDms6Nnbr5

📍Alamat: Avani Sepang Goldcoast Resort, Lot 980 Jalan Pantai Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor.

📲Facebook: https://www.facebook.com/waklanikanbakar/

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@restorenbayumalam

☎️Phone: 017 443 1647

15. One Dream Cafe, Kota Warisan

Nama pun One Dream, pelbagai jenis lauk-pauk ada kat sini. Nak makan nasi lemak untuk berbuka puasa pun boleh tau. Korang yang nak rasa menu tradisional Melayu, jemput datang sini ya!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/9CVF3qiEMMwXgDq99

📍Alamat: 38-G, Jalan Warisan Sentral 2, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@onedreamcafe

☎️Phone: 03 8706 3593

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply