Dimana peminat makanan Jepun mari sini berkumpul sebab min nak kenalkan dekat korang satu restoran Jepun yang memiliki pelbagai jenis makanan bermula dari sushi, bento, ramen, sashimi dan banyak lagi. Nama restoran Jepun tersebut adalah FujiYama Japanese Restaurant. Restoran yang menarik untuk korang rasa keaslian makanan Jepun. Restoran FujiYama ni ada 2 cawangan di area Petaling Jaya tau. Mana yang dekat tu kena lah singgah kalau tak memang rugi. Jom kita kenal-kenal dengan Restoran Jepun FujiYama ni.
Untuk pengetahuan korang chef mereka memiliki pengalaman dalam membuat sushi tradisional lebih 10 tahun tau. Lama kan? Jadi min yakin sangat sushi dekat sini akan jadi favorite korang. Selain itu, suasana di dalam restoran jepun ini juga sangat selesa dan nyaman. Interior design restoran ini memang menunjukkan suasana di restoran Jepun. Best sangat korang boleh ambil gambar banyak-banyak sambil makan makanan Jepun.
Kalau korang datang sini memang susah korang nak pilih makanan sebab bukan je diorang sediakan banyak menu masakan tapi diorang juga ada buat promo sushi yang pasti bersesuai dengan bajet korang. Portion makanan macam ramen, bento dan lain-lain jangan cakap memang banyak sesuai untuk seorang lelaki dewasa makan sampai kenyang. Tak percaya meh sini min tunjuk video review mengenai makanan di Restoran Jepun FujiYama.
Menu FujiYama
1. Chicken Katsu Don (RM13.80)
Menu best seller yang selalu orang order dimana ia dihidang nasi bersama ayam goreng tepung yang crispy juga ditambah telur rebus. Memang sedap sangat weh korang wajib try yang ini.
2. Special Tempura Rolls (RM32.80)
Haa mereka juga ada set special tempura rolls tau. Untuk buat rolls ni mereka gunakan sotong dibahagian luarnya, layer kedua adalah seaweed dan dalamnya adalah ikan salmon. Ditambah pula dengan sos dia memang padu weh !
3. Sushi Sets (RM9.80 – RM20.80)
Untuk sushi sets korang boleh pilih set A hingga set F. Perbezaan set ini adalah dari segi kuantiti sushi dan sushi set ni memang diorang dah bagi siap-siap dan korang boleh pilih je mana sets yang korang nak. Kalau nak ala carte pun boleh harga sushi bermula 0.80 sen sahaja tau.
Sebenarnya banyak lagi menu yang min nak share dengan korang tapi nak lagi mudah korang boleh terus pergi ke Facebook FujiYama untuk tahu harga sebelum datang ke sana. Haa boleh lah korang siap-siap pilih menu apa yang korang nak betul tak? Kalau korang nak tahu makanan apa lagi yang best di Petaling Jaya boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/dessert-cheesecake-yang-comel-dan-sedap-di-purple-monkey/
Location
📍FujiYama Japanese Restaurant
40G, Jalan SS 21/58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/MHYhQm6y4JZJVa2m7
📲Instagram: https://www.instagram.com/fujiyama_japanese_restaurant/?hl=en
📲Facebook: https://web.facebook.com/fujiyamafusionsushi
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@fujiyama_my