Bila dah nak masuk waktu Maghrib, tapi kita masih di atas jalan… kereta pun tak bergerak langsung. Wah, memang menguji kesabaran di bulan Ramadan ini ya. Otak pun tak buat keputusan lagi nak berbuka di mana dan makan apa. Memang buntu lah kan. Jangan risau! Harini Min ada cadangan yang mungkin dapat membantu anda apabila anda masih di jalan dan tidak sempat untuk pulang ke rumah apabila azan sudah berkumandang.
Subway, restoran ‘fast-food’ yang berasal dari Amerika ini merupakan restoran yang mempunyai identiti yang khas. Ia merupakan ‘fast-food’ yang menjual sandwic dengan pelbagai pilihan daging, sos, roti, dan sayuran, serta cookie yang sangatlah lembut dan lazat!
Min suka sangat dekat Subway ni sebab kita boleh pilih sendiri apa yang kita mahu. Daripada roti dia, sampai lah ke sos, semua boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing masing.
Sempena Ramadan ini, Subway ada buat promosi tau untuk orang orang yang tak tahu nak buka puasa di mana. Apa promosi dia? Let’s see!
Korang boleh pilih antara Italian B.M.T, Chicken Slice, Roasted Chicken dan Chicken Teriyaki dengan hanya RM10.90! Berbaloi kan? Dah tak payah nak fikir makan apa untuk berbuka nanti. Selamat berpuasa semua!
Lokasi
📍Subway Malaysia
Untuk mengetahui Subway berdekatan anda, klik link ini ya.
📱Instagram: @subway_my
📱Facebook: Subway Malaysia
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.