Hi semua! Ada yang tinggal di kawasan Subang Bestari tak? Kalau korang memang penduduk Subang Bestari, korang mesti nampak perbezaan mereka dulu dan sekarang. Kalau korang nak tahu, Subang Bestari sekarang ada pelbagai jenis kedai yang baru dibuka! Selain daripada medan selera yang terkenal di sini, ada banyak lagi tau kedai kedai yang lain. Yang paling penting pocket friendly. Jom Min senaraikan kedai apa je yang ada di Subang Bestari sekarang.
1) Zus Coffee
2) EMart 24
3) Dominos
4) Family Mart
5) Tealive
6) Boat Noodle
Banyak lagi tau sebenarnya. Ada jugak CU Mart, gerai makanan Melayu, Laura Medina Cafe dan banyak lagi! Pendek kata, Subang Bestari ni lengkap lah untuk memenuhi kehendak makanan kita. Kalau korang nak datang ke sini, memang senang je sebab ia berhadapan dengan Help University. Jangan lupa melawat!