Berita baik buat semua penggemar roti! Sunshine Bakeries, jenama roti terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran ciptaannya yang terbaru. Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD. Produk berinovatif ini menggabungkan kelembutan dan kegebuan tekstur roti Shokupan Jepun dengan kelazatan mentega roti Brioche Perancis. Hal ini menjadikan roti harian anda lebih istimewa dengan rasa yang serba mewah.
Nikmati keunikan rasa Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD baharu. Di mana ramuan yang premium dan berkualiti tinggi digunakan bagi menghasilkan roti yang enak ini. Jadi, apa yang membuatkan roti ini sangat istimewa? Shokupan, roti popular Jepun, terkenal dengan teksturnya yang lembut dan gebu. Manakala Brioche, roti klasik Perancis, digemari kerana rasa menteganya yang kaya dan tidak terlalu manis. Dengan menggabungkan dua gaya unik ini, Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD meraikan ketelitian seni masakan Jepun dan kehalusan seni pembuatan roti Perancis. Hal ini supaya dapat menghasilkan produk unik yang menjanjikan kemewahan rasa dan kelembutan dalam setiap suapan.
Mengenai Sunshine Bakeries
Sunshine meneruskan semangat dan keprihatinan yang sama dalam pembuatan rotinya sejak awal penubuhannya pada tahun 1930. Sebab itulah seluruh generasi terus mempercayai dan menikmati roti Sunshine bersama-sama keluarga dan orang yang tersayang. Syarikat ini tahu bahawa bukannya mudah untuk membina jenama yang kukuh selama lebih 90 tahun, dan sebab itulah mereka kekal komited untuk memberikan kualiti dan nutrisi terbaik yang anda harapkan.
Memahami betapa rakyat Malaysia menghargai kemewahan rasa dan kemudahan bagi mereka, Sunshine Bakeries telah menghasilkan Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD bagi memenuhi kedua-dua keperluan tersebut. Setiap keping dihiris lebih tebal, diiringi dengan rasa mentega yang enak, dan lembut, membolehkan pelanggan menikmatinya terus dari bungkusan tanpa perlu ditambah apa-apa lagi. Tidak kira sama ada untuk keluarga yang sentiasa sibuk, individu yang gemarkan rasa istimewa, atau sesiapa sahaja yang memerlukan hidangan ringkas dan mewah, Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD menjadi pilihan sempurna untuk mereka yang menghargai kualiti dan sofistikasi dalam kehidupan seharian mereka.
Tawaran Istimewa
Sunshine Bakeries turut menawarkan pelbagai pilihan roti sihat termasuk Roti Susu Hokkaido, Roti Mil Penuh 100% Oat Australia, Roti dengan Germa Gandum dan Bran, dan Roti Putih Lembut. Setiap roti dihasilkan dengan teliti dan sarat dengan kebaikan yang menyihatkan. Selain roti, Sunshine Bakeries turut menampilkan rangkaian roti berkrim pelbagai pilihan dan perisa yang dinikmati ramai seperti Mentega Gula, Biskut & Krim, Vanila, dan Coklat Hazelnut, serta siri SIGNATURE yang merangkumi Belgian Chocolate dan Cream Cheese & Hokkaido Milk, semuanya dihasilkan menggunakan ramuan terbaik yang didapati dari seluruh dunia.
Adakah anda mengidamkan Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD ? Anda kini boleh mendapatkannya di peruncit utama dan kedai serbaneka di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, dengan harga hanya RM4.80 untuk 300g. Sempena pelancarannya, promosi istimewa untuk SHOKUPAN GOLD BRIOCHE Butter Loaf turut disediakan untuk tempoh yang terhad. Dapatkannya sekarang sebelum kehabisan! Tibalah masanya untuk anda menikmati rasa yang serba mewah!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi Sunshine Bakeries, atau kunjungi juga laman sosial mereka di:
- Instagram: https://www.instagram.com/sunshinebakeries.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/SunshineBakeries.MY
Klik disini untuk membaca artikel sebelumnya.
Artikel oleh Syuriana Ibrahim