Restoran Mr. Boom Naan Corner: Mencipta Kenangan Rasa yang Mengasyikkan di Keramat, Kuala Lumpur.

You are currently viewing Restoran Mr. Boom Naan Corner: Mencipta Kenangan Rasa yang Mengasyikkan di Keramat, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, ibu kota yang sentiasa meriah dengan kepelbagaian kulinari makanan, telah menambah satu lagi restoran menarik kepada pilihan restoran tempatan di ibu kota. Restoran Mr. Boom Naan Corner yang terletak di Keramat, telah memenangi hati penduduk tempatan dan pelawat dengan hidangan unik dan suasana yang menggamit selera dan meriah.

Apabila berbicara tentang suasana di Restoran Mr.Boom Naan Corner, ianya tidak asing dengan suasana mewah dan mesra yang memberi keselesaan yang tinggi kepada pelanggan. Kawasan makanan yang luas dan pilihan makanan yang pelbagai menjadikan restoran ini tidak kurang dengan pelanggan. Di samping suasana yang mewah, restoran ini yang terletak diantara sudut jalanan yang utama dan strategik menjadi daya tarikan utama kepada pelanggan untuk mengunjung.

Bagi korang yang nak sarapan yang ringan, boleh klik di sini untuk info lanjut

Suasana Luaran Restoran Di Mr Boom Naan Corner (google.com)
Suasana Luaran Restoran Di Mr Boom Naan Corner (google.com)
Suasana Luaran Restoran Di Mr Boom Naan Corner (google.com)
Suasana Dalam Restoran Di Mr Boom Naan Corner (google.com)

Menu

Apabila kita berborak tentang  makanan yang membangkitkan selera pula, hidangan yang sering muncul dalam fikiran orang ramai adalah hidangan Cina. Namun, di Restoran Mr. Boom Naan Corner telah mengambil langkah unik untuk membawa set hidangan yang berbeza iaitu Set Buffet dan Lunch yang menawarkan hidangan buffet dengan harga berpatutan. Set pada waktu pagi menawarkan hidangan seperti satay, laksa, bubur kacang hitam dan apam balik manakala pada waktu tengah hari pula menawarkan buffet set nasi campur. Kedua-dua set ini menawarkan pengambilan makanan tanpa had dan sesuai untuk pelanggan yang berkeluarga mahupun pelanggan yang datang beramai-ramai.

Set Buffet Breakfast

Set Buffet Breakfast (google.com)
Set Buffet Breakfast (google.com)
Set Buffet Breakfast (google.com)
Set Buffet Breakfast (google.com)

 Set Buffet Lunch

 Set Buffet Lunch (google.com)
Set Buffet Lunch (google.com)

Sup Tulang Merah

Sup Tulang Merah (google.com)
Sup Tulang Merah (google.com)

Sup Tulang Merah yang merupakan hidangan ikonik Singapura adalah pilihan yang tepat sekiranya anda ingin sesuatu yang mengenyangkan. Rasa yang menyeluruh dari sup ini bermula dengan kuahnya yang pekat dan merah menyala. Kuah merah ini dapat memanaskan hati dan menaikkan selera sejak awal lagi. Tetapi yang membuatkan Sup Tulang Merah begitu istimewa adalah daging tulang yang lembut dan lazat. Dengan setiap gigitan, daging ini hampir pasti terlerai dari tulang dan melekat di mulut, memberi kenikmatan yang sukar digambarkan. Rempah ratus yang dihidangkan dengan daging ini memberikan rasa yang sedap pada setiap gigitan.

 Jangan lupa untuk menambahkan sekeping roti yang lembut sebagai pelengkap kepada hidangan ini. Roti yang dicelup ke dalam kuah merah yang kaya dan pekat menjadi kombinasi sempurna, Bagi sesiapa yang gemar pedas, jangan lupa untuk meminta yang pedas kerana sensasi pedas yang memikat deria rasa dapat meningkatkan kenikmatan ketika makan.

Kashmiri Naan

Kashmiri Naan (google.com)
Kashmiri Naan (google.com)

Naan ini benar-benar memikat selera dan perut min . Ketika hidangan ini tiba di meja min, aroma harum rempah ratus segar menarik perhatian min. Sekali digigit, Naan Kashmiri memanjakan lidah min  dengan pelbagai rasa secara harmonis. Rasa manis dari kismis dan kacang yang lazat disatukan dengan sentuhan mentega. Selain itu, aroma hangat rempah ratus seperti jintan dan adas memberikan rasa yang lebih mendalam. Ini adalah kombinasi yang benar-benar memikat dan mengingatkan min pada kekayaan rasa masakan Kashmir.

Namun, Restoran Mr. Boom Naan bukan sekadar mengenai set buffet ini semata-mata sahaja. Menu mereka juga menawarkan pelbagai hidangan set A’la carte seperti Sup Tulang Merah dan Kasmiri Naan yang tidak kurang menggiurkan. Dari hidangan daging hingga hidangan sayur-sayuran yang kaya dengan rasa, semua disediakan dengan teliti oleh chef-chef  mahir di dapur restoran ini.

Review

Suasana di restoran memainkan peranan penting dalam pengalaman makanan. Restoran Mr. Boom Naan Corner menghidangkan suasana yang selesa dan mesra, sesuai untuk keluarga, rakan sekerja, atau perjumpaan santai. Rekaan dalaman yang hangat dan mesra mata memanggil pelanggan untuk menghabiskan masa berkualiti sambil menikmati setiap suapan. Tidak hanya itu dengan itu sahaja, restoran ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi mereka yang ingin menikmati hidangan enak ini di rumah. Ini menjadikan restoran ini sebagai pilihan yang sesuai untuk majlis secara kecil-kecilan atau meraikan peristiwa istimewa tanpa perlu menghadapi kerumitan memasak sendiri.

Restoran Mr. Boom Naan Corner sememangnya telah melangkah lebih jauh daripada sekadar restoran makanan biasa, ia telah mencipta pengalaman rasa yang mengasyikkan di hati pengunjung sekitar  Kuala Lumpur. Dengan hidangan unik, suasana yang menyambut kedatangan, dan layanan mesra, restoran ini  sememangnya menjadi destinasi pilihan untuk mereka yang mencari pengalaman makanan yang luar biasa di Keramat. Jadi, jika anda ingin merasai sentuhan rasa yang pelbagai di tengah-tengah Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Restoran Mr. Boom Naan Corner.

Bagi korang yang nak cari port untuk nasi kukus sekitar kl atau pj, klik link di sini

Lokasi

📍Restoran Mr. Boom Naan Corner

Lokasi: 8, Jalan Au 5D/1, Taman Lembah Keramat, Wilayah Persekutuan Taman Permata, Keramat, 54200 Kuala Lumpur

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/whqKMTZNLfQGBFga9?g_st=ic

⏰ Waktu Operasi: 11am – 11.30pm (Isnin-Khamis)

11am – 11.45pm ( Jumaat)

7.30am – 11.30pm ( Sabtu & Ahad)

☎️ Phone: 0 12-2622020

📲Website: https://naanboomcorner.business.site/posts/4452167576061997285?hl=en-GB

📲Facebook: https://www.facebook.com/naanboom83?mibextid=ZbWKwL

📲Instagram: https://instagram.com/naancorner?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Article Curated By Amir Haziq