Restoran Bismi Bistro – Menu Melayu, Cina, India dengan harga berpatutan.

You are currently viewing Restoran Bismi Bistro – Menu Melayu, Cina, India dengan harga berpatutan.

Restoran Bismi Bistro yang terletak di Jalan Kuhara, Muhibbah Square ini terkenal untuk jenis makanan yang pelbagai. Selain itu, restoran ini juga terpilih sebagai salah satu restoran yang menyediakan menu rahmah untuk para pengunjungnya.

Restoran ini menghidangkan masakan tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina, dan India. Menarik kan? Sesiapa sahaja boleh datang ke restoran ini untuk mencuba pelbagai jenis makanan dan masakan.

Restoran bismi bistro
Restoran Bismi Bistro
https://g.co/kgs/HGC8xw

Restoran Bismi Bistro ini nampak simple sahaja, tapi sering dipenuhi dengan para pengunjung yang datang dari pagi sehingga malam.
Haaa sebab restoran Bismi Bistro buka sepanjang 24 jam.

Dengan adanya menu yang menepati citarasa pelbagai kaum di Malaysia, makanan di sini juga terdapat dalam pilihan yang pelbagai. Antara menu yang disediakan ialah berasaskan mee, nasi berlauk, roti, murtabak, nasi biryani dan banyak lagi. Bagi anda yang berada di Melaka dan nak cuba roti yang sedap-sedap boleh baca artikel ini. https://purpledurian.my/food-review/roti-canai-dulang-makan-sarapan-kenyang-sampai-ke-petang/

MAKANAN

1. Nasi Biriyani Ayam (RM 9)

Serendah RM 9.00 anda boleh dapatkan nasi biriyani ayam. Ramai pengunjung yang datang ke Restoran Bismi Bistro kata makanan di sini murah dan berbaloi. Min share antara review pengunjung yang pernah datang ke sini.

Review Bismi Bistro
http://www.foodbooking.com

2. Roti Kobra Daging (RM 10)

Restoren Bismi Bistro juga menyediakan pelbagai pilihan roti yang enak. Bermula dengan harga 1.40 anda boleh dapatkan roti kosong. Untuk dapatkan roti kobra daging yang sedap, pengunjung dapat membelinya dengan harga RM 10. Waa banyak sangat pilihan kan? Haa min share juga antara restoran lain yang anda boleh kunjungi kalau datang ke Tawau. https://purpledurian.my/makan/viral/nasi-ganja-tarikan-utama-di-warung-cafe-ibu-kampung-ranggu/

3. Fresh Juice Manggo Lessi (RM 5.50)

Terdapat juga pelbagai pilihan minuman segar untuk pengunjung. Juice Manggo Lessi ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada buah mangga. Untuk merasai keunikannya, haruslah datang sendiri ke sini. Hidangan dan minuman yang disediakan di sini sememangnya harga yang berbaloi untuk kebanyakan orang kita. Tidak rugi untuk dikunjungi, lebih-lebih lagi bagi anda yang nak berjimat di hujung bulan.🤪🤪

4. Mee Basah Seafood (RM 7)

Mee basah seafood di sini juga agak murah. Serendah RM 7.00 anda boleh makan mee basah dengan seafood sambil menikmati jus buah segar. Lokasi ini memang menarik kalau anda berminat nak makan makanan pelbagai kaum di Malaysia. Anda bukan sahaja dapat menikmati mee basah dengan seafood tetapi juga boleh menikmati mee dengan masakan yang pelbagai.

REVIEW

Min rasa Restoran Bismi Bistro sememangnya menyediakan makanan dengan harga yang berpatutan. Anda harus berkunjung ke restoran ini dan mencuba beberapa menu lainnya atau boleh mencuba juga menu rahmah yang disediakan. Jemput semua datang cuba dan komen!

LOKASI

📍Restoran Bismi Bistro
Jalan Kuhara, Muhibbbah Square, 91000 Tawau, Sabah

📞Phone: (011-11000518)
📲Facebook: https://www.facebook.com/restoranbismibistro.muhibha?mibextid=LQQJ4d
📲Instagram: https://instagram.com/bismibistro7860?igshid=YmMyMTA2M2Y=