Resipi Sandwich Telur Gebu: Mudah, Lazat & Sempurna untuk Sarapan!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Resepi
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Resipi Sandwich Telur Gebu: Mudah, Lazat & Sempurna untuk Sarapan!

Sandwich adalah hidangan ringkas yang disukai oleh ramai orang, terutama apabila ia dibuat dengan bahan-bahan yang mudah tetapi tetap memberikan rasa yang enak dan memuaskan. Salah satu variasi makanan ini yang paling digemari adalah sandwich telur, yang bukan sahaja lazat tetapi juga sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Menu ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran ramai, tidak kira waktu atau tempat. Ia mungkin kelihatan mudah, tetapi rasanya yang enak dan mengenyangkan membuatkan ia sukar ditolak. Resipi untuk menu ini sangat mudah untuk disediakan. Berikut adalah resepinya:

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Telur
  • Mayonis 
  • Lada sulah.
  • Garam/perasa

Cara-cara Membuat Sandwich Telur:

  • Cuci telur terlebih dahulu, kemudian rebus sehingga masak sepenuhnya. Setelah itu, kupas kulit telur.
  • Masukkan telur rebus ke dalam mangkuk yang sesuai, dan lenyek menggunakan garpu sehingga halus.
Lenyek telur
Lenyek Telur
  • Tambahkan mayonis secukupnya, bergantung pada citarasa anda.
  • Selepas itu, tambahkan serbuk lada sulah, garam, atau perasa tambahan mengikut citarasa.
  • Gaul semua bahan sehingga rata dan sebati.
  • Ambil roti dan sapukan inti telur yang telah disediakan dengan secukupnya.
  • Sandwich telur yang ringkas dan lazat kini siap untuk dinikmati!
Sandwich Telur
Sandwich Telur

Menu ini sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, sama ada siang atau malam. Ibu-ibu boleh menyediakan sandwich ini sebagai bekal anak ke sekolah, atau sebagai makanan ringan yang sesuai untuk dibawa berkelah. Selamat mencuba!!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim