Resepi baru dari Khairulaming untuk puasa ketiga. Menu kali ni Khairulaming masak masakan kampung je. Sedap pun sedap tau. Menu hari ni adalah cencaru sumbat sambal dan sayur masak lemak. Dua-dua menu ni memang favourite min tau sebab combination dua menu ni sangat lah sedap. Memang sesuai masak untuk berbuka nanti makan pula dengan nasi panas memang padu weh.
Tengok lah tu makan seekor ikan cencaru tambah pula sayur masak lemak dengan ulam. Memang nice sangat. Apapun jom kita cuba masak !
Cencaru Sumbat Sambal
Bahan-bahan:
- Ikan cencaru
- Bawang merah
- Halia
- Bawang putih
- Pes asam jawa (Nak cari pes asam jawa klik sini –> https://shope.ee/9zRQHZtwNk)
- Belacan
- Cili boh (Cili boh yang sedap disini –> https://shope.ee/7pMvhlFTPm)
- Cili padi merah
- Garam
- Gula
- Ajinomoto (Kehabisan ajinomoto boleh klik sini –> https://shope.ee/9UV9gtguto)
- Air
Cara-cara:
1. Sediakan beberapa ekor ikan ikut lah berapa orang akan makan nanti. Tapi untuk portion kali ni ikan boleh dapat dalam 3 ekor sahaja sederhana besar.
2. Untuk cencaru sumbat sambal ni korang kena kelar bahagian atas ikan sehingga ke bahagian kepala untuk senang nak sumbat sambal dan senang nak makan. Kemudian, bersihkan ikan sebersihnya tau.
3. Siapkan bahan-bahan untuk diblend. 1 biji bawang merah, halia sebesar ibu jari, 5 ulas bawang putih, belacan (rujuk gambar), 1 sudu pes asam jawa, 4 sudu cili boh, dan 3 biji cili padi merah.
4. Kemudian, masukkan juga 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, dan ½ sudu kecil ajinomoto. Jangan lupa tambahkan sikit air dan boleh di blend.
5. Selepas semua bahan siap di blend. Tambahkan lagi 2 biji bawang merah yang sudah dicincang dan gaulkan sehingga sebati.
6. Lepas itu, boleh la mula masukkan sambal ke dalam ikan tapi taburkan sedikit garam dulu tau baru masukkan sambal sampai la penuh.
7. Akhir sekali, gorengkan ikan cencaru sampai lah masak, api jangan kuat sangat takut sambal hangit nanti.
Sayur Masak Lemak
Bahan-bahan:
- Air
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Santan (Santan yang sesuai untuk gulai –> https://shope.ee/5KfajMFwx9)
- Sayur kubis
- Cili besar merah
- Cili padi merah
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
Cara-cara:
1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk, tambahkan 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah dan segenggam kecil ikan bilis.
2. Kemudian, masukkan 2 kotak santan, masukkan juga sayur kubis, cili besar merah yang sudah dipotong dan 2 biji cili padi merah yang sudah dipotong.
3. Gaulkan sedikit dan boleh tambahkan garam, gula, dan serbuk perasa (ikut kesesuaian korang).
4. Akhir sekali, dah nampak sayur agak layu dan masak boleh matikan api. Sayur masak lemak dah siap dan boleh dihidangkan.
Haa.. mudah je kan resepi kali ni. Walaupun datang dengan dua menu sekali tapi combination dua menu ni memang ngam sangat. Korang yang baru-baru nak cuba masak tu atau tiada idea nak masak apa boleh lah try resepi ni untuk hari ini. Memang terbaik lah min cakap. Kalau korang nak kan cara masak yang lebih jelas boleh tengok di video Khairulaming disini.
Selamat mencuba !