Hi korang ! Mesti korang tak sabar nak tunggu min tulis resepi dari Khairulaming kan. Apa agaknya resepi yang Khairulaming nak share pada puasa ke-6 ni ya. Haa.. kalau korang nak tahu Khairulaming dah share kan resepi ayam goreng mamak tau. Mana peminat ayam goreng mamak dekat sini sebab resepi ni khas untuk korang. Lepas ni tak perlu lah hari-hari ke mamak sebab boleh buat sendiri.
Jom cuba buat resepi ayam goreng mamak dari Khairulaming. Mesti jadi punya !
Bahan-bahan:
- 6 ketul ayam saiz besar
- 5 ulas bawang putih
- Halia besar ibu jari
- 1 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil jintan manis
- 2 sudu kecil serbuk kari daging (serbuk kari daging cari dekat sini –> https://shope.ee/4Kn3duDZrc)
- 1 sudu kecil serbuk cili (serbuk cili pun tak ada ? klik sini –> https://shope.ee/2AiZ430zlw)
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- 1 ⅓ cawan tepung beras
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil pewarna merah
- 2 tangkai daun kari
- Minyak masak
Cara-cara:
1. Sediakan 6 ketul ayam saiz besar dalam mangkuk.
2. Masukkan bawang putih dan halia yang telah siap ditumbuk.
3. Masukkan jintan putih, ketumbar dan juga jintan manis.
4. Kemudian, tambahkan juga serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk kunyit, tepung beras, dan gaulkan semuanya sehingga sebati.
5. Lepas itu, tambahkan 1 cawan air, sebiji telur, dan 1 sudu kecil pewarna merah. Ini untuk bagi warna dia nampak cantik dan nampak sama macam ayam goreng di kedai mamak.
6. Gaulkan semua bahan tersebut dan perapkan selama 20 minit kalau nak lagi sedap perap lama lagi tau.
7. Selepas perap boleh lah goreng ayam di dalam minyak yang panas sehingga garing dan bila hampir masak, tambahkan 2 tangkai daun kari.
8. Dah masak boleh angkat dan toskan minyak. Lepas tu nak tahu bahagian dalam ayam tu masak ke tak dan juicy atau tidak boleh potong ayam untuk tengok.
Dah siap ! Itu je resepinya. Nampak macam banyak kan tapi semua bahan-bahan tu bahan yang memang dah ada dekat rumah korang betul tak. Jadi apa tunggu lagi boleh lah cuba masak ayam goreng mamak hari ni untuk berbuka puasa. Nak lagi best 30 minit sebelum azan maghrib boleh start menggoreng jadi nanti nak buka ayam masih panas. Betul tak ? Kalau korang nak video resepi ayam goreng mamak dari Khairulaming boleh klik sini. Selamat mencuba semua !